𝟎𝟐

2.4K 98 4
                                    

       "SHASHA?" tanya jejaka bertubuh tegap dan tinggi lampai di hadapan Shasha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "SHASHA?" tanya jejaka bertubuh tegap dan tinggi lampai di hadapan Shasha.

Keluhan berat terlepas saat satu lagi wajah yang seringkali menaikkan darahnya kembali muncul. Dia menjarakkan diri daripada jejaka itu, mengambil tiga tapak ke belakang sambil menghapuskan kesan air mata yang bersisa.

"Awak okay?" tanya si empunya suara lagi.

"Okay. Maaf, saya tak nampak awak tadi," ujar Shasha sambil memandang ke arah lain.

"Look at me, Sha. Jangan ingat saya tak nampak mata merah awak tu. Kenapa menangis hm?" Empunya suara itu berdiri tepat di hadapan Shasha. Kemana sahaja dia melarikan anak matanya, pantas sahaja jejaka itu mengikut gerakan anak matanya.

"Tak ada apalah, Hariz. None of your business. Ketepi, saya nak balik." Tubuh tegap itu ditolak ke tepi dan dia terus memboloskan diri ke dalam keretanya.

"Sha!"

Jeritan Hariz memanggil dirinya hanya dihiraukan. Malas bersoal jawab. Malas melayan. Rasa sakit kerana Idham masih ada. Dia cuma ingin cepat pulang ke kedai semula.

"Excuse me." Hariz bergerak laju ke arah receptionist setelah Shasha hilang dari pandangannya.

Cukuplah sekali dia hilang wanita itu. Namun semakin hari berganti hari, rasa rindu mula menebal di dalam jiwanya. Sungguh, dia rindukan wanita yang keras kepala dan sering melawan kata-katanya suatu ketika dulu!

"Yes sir. How can I help you?" tanya pekerja tersebut.

"Err..." Lehernya diusap perlahan sebelum dia menyambung bicaranya.

"The black Porsche that just parked there. Do you know who the car owner is? A woman," tanya Hariz. Wajahnya ditebalkan. Gila tanya pasal anak dara orang pada receptionist pula tu.

"Oh! Miss Shasha?" Soalan dibalas soalan.

"Yes! What was she doing here? Sorry, she's my long-lost friend." Hariz tersenyum manis, hatinya berharap agar dia mendapat jawapan yang dia mahukan.

"She's from a florist. Rayana's Touch." jawab pekerja itu.

Terus Hariz mengucapkan kata terima kasih sebelum deringan telefonnya berbunyi.

"Kau dekat mana? Student semua dah sampai ni. Talk pun dah nak mula." Suara sahabat kerjanya, Arlan menjengah telinganya.

"Ya sabar. Tengah merangkak naik tangga ni," jawab Hariz dengan nada jengkel.

"Kau dah kenapa? Buang tebiat? Lif ada kan? Cepat sikit," bebel Arlan sebelum panggilan dimatikan.

"Kau dah kenapa? Buang tebiat? Lif ada kan? Cepat sikit," bebel Arlan sebelum panggilan dimatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now