𝟏𝟕

1.7K 83 8
                                    

       "AKU terima nikahnya, Shasha Rayana Binti Muhammad Hazmi dengan mas kahwinnya sebanyak dua ribu lima ratus ringgit dibayar secara tunai," lafaz Hariz hanya dengan satu lafaz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "AKU terima nikahnya, Shasha Rayana Binti Muhammad Hazmi dengan mas kahwinnya sebanyak dua ribu lima ratus ringgit dibayar secara tunai," lafaz Hariz hanya dengan satu lafaz.

"Sah?"

"Sah.." sahut yang lain.

"Alhamdulillah, sah."

Akhirnya, selesai sudah majlis akad nikah antara Hariz Nufael dan Shasha Rayana. Setelah hampir sebulan bertungkus-lumus bagi mengadakan majlis yang cukup sempurna, tertanya penat-lelah mereka berbaloi!

Setelah terlafaznya akad, Hariz terus membawa anak matanya ke arah wanita idamannya yang kini telah menjadi bidadari dunia dan syurganya. Tersungging bibir Hariz melihatkan wajah isterinya yang sedang tersenyum manis.

"Masa untuk lafaz taklik pula." Tuan Kadi menghulurkan sehelai kertas ke arah Hariz, sekaligus memecahkan suasana yang sepi.

Terkedu Shasha mendengarnya. Lafaz taklik? Dia tak pernah tahu pun Hariz akan melafazkan taklik pada hari ini.

Hariz memegang kertas tersebut dengan kemas bersama senyuman yang masih tersimpul di wajah. Ya Allah, pastikan ini menjadi lafaz taklik yang pertama dan terakhir aku. Kerana hanya wanita ini yang aku mahu selama aku masih bernafas, malah sehingga aku tiada nanti. Aku mahukan dia menjadi bidadari aku di syurga.

Deheman Tuan Kadi menyedarkan Hariz, lantas nafasnya ditarik dengan lembut. "Bismillahirahmanirahim, adalah saya Hariz Nufael Bin Mohd Sharif dengan ini bertaklik bahawa jika saya tidak bermu'asyarah dan ma'ruf dengan isteri saya Shasha Rayana Binti Muhammad Hazmi sama ada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut- turut atau lebih,

Saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan qamariah berturut -turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuzoleh mana -mana Mahkamah syariah, atau saya melakukan sebarang mudarat
kepada tubuh badannya, penganiayaan atau darar syarie terhadapnya,

Dan apabila dia membuat aduan kepada
Mahkamah Syariah dan jika sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan dia memberikan kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi
pihak saya sebanyak sepuluh ringgit atau senilai dengannya, maka ketika itu tertalaklah dia Shasha Rayana Binti Muhammad Hazmi dengan talak khul." Habis saja lafaz takliknya, terus air mata yang ditahannya sedari tadi tumpah. Biarlah semua mata memandang. Apa yang dia pasti, dia sangat bersyukur akhirnya dapat memperisterikan Shasha.

Shasha yang melihatkan Hariz sedang tertunduk menahan esakan turut berasa sebak. Ya Allah, sebesar itukah kasihnya pada aku? Betapa beruntungnya aku memiliki lelaki seperti dia. Terima kasih, ya Allah!

Mata Shasha kembali melorot apabila tubuh Hariz berjalan menjauhinya. Dia hanya melihat Hariz menunaikan solat sujud syukur di belakang ruang tamu rumah umi dan abi.

"Tahniah sayang mama." Sempat Puan Riyana memeluk tubuh anaknya erat. Mereka sekeluarga tak sangka akhirnya cinta sejati Shasha muncul membawa bahagia.

"Terima kasih, ma. Terima kasih kerana tak pernah mengeluh jaga Sha walaupun terlalu banyak masalah yang Sha timbulkan dalam keluarga kita. Sha sayang mama!" Bergetar bibirnya menahan tangis.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now