𝟐𝟕

2.3K 117 20
                                        

          KELUHAN berat terhela dari bibir Shasha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          KELUHAN berat terhela dari bibir Shasha. Lama dia termenung jauh ke luar. Setiap bait patah perkataan yang pernah umi bicarakan seringkali terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Dia keliru. Dia buntu. Dia perlu luah, tetapi pada siapa? Hariz?

Dia tak mahu bebankan suaminya. Apatah lagi ini soal ibu kandung kepada Hariz. Ada kalanya dia jatuh simpati melihat wajah suaminya. Dia tahu Hariz juga banyak memendam. Dia juga pasti umi masih mendesak Hariz untuk bernikah lagi.

Apa yang dia pasti, dia takkan lepaskan Hariz untuk orang lain. Dia sudah jatuh sayang dan cinta sedalam-dalamnya untuk lelaki itu. Tidak sanggup dia bermadu. Kerana ini jugalah dia pernah bertekad untuk tidak berumah tangga. Namun, hadirnya Hariz merubah segalanya. Setahun mereka bersama, semuanya indah belaka. Umi dan abi juga sayangkan dirinya. Tapi apa lah rumah tangga tanpa badainya?

Nafasnya ditarik perlahan. Langkah dibawa ke tandas bagi menyegarkan diri. Pili air dibuka dan ditadah menggunakan kedua-dua tapak tangannya. Air dibawa ke wajah dan disapu perlahan. Alang-alang, lebih baik dia berwuduk terus memandangkan waktu Maghrib sudah pun masuk.

"Abang!" Terkejut bukan kepalang apabila figura Hariz ada di luar pintu saat dia membuka pintu tandas.

Hariz ketawa kecil melihatkan wajah pucat isterinya. Tangannya diangkat untuk memegang pipi Shasha namun laju dielak Shasha.

"Sha ada wuduk lah abang." Matanya dijegilkan.

"Mana lah abang tahu." Tangannya dijatuhkan ke bawah semula.

"Kenapa abang ada sini?" tanya Shasha. Sepatutnya dia balik sendiri saja harini. Tak ada pula dia minta Hariz menjemputnya.

"Sha pergi solat dulu. Abang pun nak pergi solat dekat masjid seberang jalan tu." Jarinya dihala ke luar.

"Lah? Nak solat sana kenapa? Surau ni muat ja untuk tiga orang solat sekaligus." Bertaut kening Shasha.

"Takkan abang dah tak sudi nak imamkan Sha macam selalu?" Laju degupan jantungnya. Dia takut suaminya berubah hati.

"Ish, jangan cakap macamtu. Abang takut Zara dan Rina tu nak solat sekali. Itu yang abang nak ke masjid. Abang, sebagai Hariz Nufael merangkap suami kepada Shasha Rayana, sanggup mengimamkan isteri saya ni sehingga ke akhir nafas saya." Tangan kanannya diangkat, seperti sedang berikrar.

"Heh, nak manis-manis pula mulut tu. Abang pergi lah ambil wuduk dulu. Sha tunggu dalam surau tau!"

Setelah menerima anggukan dari Hariz, Shasha menapak ke surau yang tersedia. Tikar sejadah dihamparkan untuk dirinya dan juga Hariz.

 Tikar sejadah dihamparkan untuk dirinya dan juga Hariz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now