Cappadocia, Turkey
Hampir terjatuh rahang Shasha apabila matanya terhidang dengan sebuah hotel yang lebih kurang gua bentuknya. Unik!
"Abang! Sha fikirkan nama hotel tu saja-saja diletakkan perkataan cave. Tak tahu pula macam gua betul-betul." Dia terlompat-lompat kecil. Teruja ingin meneroka kesemua kawasan di sini.
"Abang pilih hotel ni bersebab. Jom kita check in dulu." Tangan Shasha digenggam dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam Zara Cave Hotel. Antara hotel di Cappadocia yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Selesai mengambil kad akses, bilik mereka dituju. Hanya 17 bilik yang tersedia di sini. 10 bilik seperti gua, dan 7 lagi merupakan bilik seperti hotel biasa. Pastinya dia memilih bilik seperti gua. Bila lagi isterinya dapat merasa.
Bilik 06 dituju. Kad akses dilekapkan pada sistem di sebelah pintu dan kunci terbuka dengan sendiri.
"Ladies first." Hariz mengundurkan diri. Membiarkan Shasha membuka pintu.
Shasha ketawa kecil lalu pintu dibukanya. Sekali lagi dia tergamam. Hiasan ruang dalam yang seperti batu di gua, lampu berwarna kekuningan.
"Suka tak?" tanya Hariz.
Tidak menjawab namun pantas Shasha memeluk Hariz seerat-eratnya.
"Jom cepat. Sementara matahari belum terbit ni, abang nak tunjukkan sesuatu." Segala bagasi ditinggalkan dan dia membawa Shasha ke rooftop hotel. Masih gelap.
"Apa kita nak buat dekat sini? Tak ada orang pun?" Hairan Shasha.
"Tunggu matahari terbit nanti. Tak lama dah ni. Sini kalau ada penghuni hotel pun tak akan ramai. Bilik pun ada 17 ja, sweety," terang Hariz.
"Mana abang tahu semua ni eh? Macam dah hafal ja waktu matahari terbit, kawasan-kawasan sini semua?" Mereka berdua melabuhkan duduk di atas kain yang terbentang di sisi balkoni.
"Fun fact about me, sweety. Abang ada darah Turki tau?" Keningnya sengaja dinaik-naikkan.
"Hah? Macam mana? Dari umi ke?" tanya Shasha. Kalau nak diikutkan, boleh jadi dari umi. Kerana wajah umi sepertinya ada kacukan.
"Haah betul. Tapi wajah kami tak ketara macam orang Turki pun. Ayah kepada atuk, ataupun moyang lah senang. Dia lahir di sini. Memang orang sini. Cuma lama-lama bercampur sana-sana, jadi tak tulen." Hariz ketawa. Dia hanya membiarkan Shasha melentokkan kepalanya di bahu.
"Oh, jadi abang lahir dekat sini atau Malaysia? Sha tak sempat nak korek semua cerita pasal abang." Shasha mengeluh perlahan. Rasa malu pula padahal Hariz tahu saja tentang dirinya.
"Abang tak marah pun. Lagipun, inilah tujuan kita berbulan madu. Sweety tanyalah berapa juta soalan pun abang tak kisah. Dan untuk soalan pertama tu, abang lahir dan membesar di Malaysia. Cuma kadang-kadang tu ada lah umi dan abi bawa abang ke sini." Lengannya dilingkarkan ke bahu Shasha lalu menarik tubuh itu merapat dengannya.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomanceKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...