𝟑𝟕

2.6K 122 3
                                        

           Langkah Shasha terasa longlai ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           Langkah Shasha terasa longlai ketika dia melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baik keluarganya belum tiba. Dia terus menghampiri Ayyan dan Mikayla.

"Korang boleh balik sekarang. Terima kasih atas bantuan korang," kata Shasha dengan lembut.

"Sama-sama. Lagipun kita semua dah macam keluarga, kan? Jaga diri baik-baik. Yang penting, jangan putus asa, ya? Hariz perlukan kau," balas Mikayla sambil mendepakan tangannya.

Tanpa perlu disuruh, Shasha segera masuk ke dalam pelukan Mikayla.

"Hati-hati. Ingat pesan-pesan ustaz tadi," celah Ayyan Zuhal.

Selepas menghantar pemergian kedua-dua pasangan itu, Shasha terus ke bilik, ingin bertemu suaminya.Hatinya sayu melihat wajah Hariz yang tampak lesu. Dia melabuhkan punggung di lantai, tepat di sisi kepala Hariz, dan membelai pipi suaminya dengan lembut.

"Sha minta maaf. Kehadiran Sha dalam hidup abang seperti satu kesilapan, kan? Kerana kekurangan Sha, abang yang terpaksa menanggung akibatnya," bisik Shasha.

Bibirnya menyentuh lama dahi Hariz. Tiada air mata yang tumpah, mungkin kerana telah habis menangis di dalam kereta tadi.

"Abang kuat, ya? Sha akan cuba betulkan segalanya. Sha janji takkan tinggalkan abang, sebagaimana abang tak pernah tinggalkan Sha. Sha janji, Sha akan cuba pulihkan abang walaupun nyawa Sha sebagai gantinya," kata Shasha sambil tersenyum tawar, memainkan rambut Hariz dengan jari-jemarinya.

Dia rindu. Sungguh dia rindu akan gelak tawa suaminya. Dia rindu akan usikan demi usikan yang pernah membuatnya rimas.

TING TONG! Loceng rumah bergema, menandakan keluarga Shasha telah tiba. Cepat-cepat dia melangkah ke arah pintu.

"Assalamualaikum!" laung Fawwaz dari luar.

"Waalaikumsalam," jawab Shasha sambil membuka pintu.

"Kenapa ni, Sha? Kau buat aku risau," kata Arlan yang terus meluru masuk ke dalam rumah.

"Duduk dulu. Sha cuma nak minta tolong," kata Shasha. Setelah semua berada di dalam rumah, dia kembali menutup pintu.

"Apa yang terjadi?" tanya Puan Riyana dengan gelisah, menggenggam tangan suaminya erat. Naluri seorang ibu mengatakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku.

"Sha dan Hariz nak tumpang rumah papa dan mama buat sementara waktu, boleh tak?" Perlahan-lahan Shasha bertanya.

"Hah?!" serentak mereka semua bersuara.

"Apa yang berlaku?" tanya Encik Hazmi.

Shasha memandang wajah mereka bergilir-gilir. Dia menarik nafas dalam, cuba menenangkan hati yang sedang bergolak.

"Hariz... disihir," kata Shasha perlahan.

Mata mereka terbuntang. Arlan terus bangun menghampiri Shasha.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now