"WELCOME BACK, AKAK!"Terpejam mata Shasha apabila kehadirannya disambut dengan jeritan nyaring Zara, dan Rina. Boleh pekak rasanya macam ni.
Hariz yang berdiri disisi Shasha hanya ketawa. Geli hati melihat kelakuan budak berdua ini. Tak berubah langsung.
"Aish korang ni. Buat macam akak menghilang setahun." Shasha berkata sambil menghampiri susuk Zara dan Rina.
"Eh walaupun sebulan ja, kami tetap rindu tau! Sunyi tau sini kalau akak takda." Rina mencebik. Pura-pura merajuk.
"Tak payah mengada. Ingat akak tak tahu korang berdua lagi suka kalau akak takda dekat kedai?" Shasha menyilang tangan di tubuh. Kaki kanannya dihentak-hentak perlahan.
"Eh siapa cakap? Tak baik tau tuduh kami macamtu. Kami lagi suka akak ada dekat sini." Rina menyangkal lagi.
"Betul! Tambah lagi, akak suka belanja makan hehe." Zara pula mencelah.
Mendengarkan jawapan Zara, laju Rina mencubit lengan Zara. Boleh pula dikatanya begitu di hadapan bos besar?
Shasha pula sudah menjegilkan mata. Kecil besar saja dia merenung dua orang pekerjanya. Nasiblah dia sayang.
"Sorry akak. Dia memang tak betul pun. Maklumlah, tak makan ubat." Rina menguis bahu Zara. Bibirnya termuncung-muncung sambil berkata.
"Tak ramai pelanggan ke harini?" Hariz mencelah. Matanya diliarkan memerhati kedai milik isterinya.
"Sekarang tak ramai lagi lah. Petang dan malam mungkin ada," jawab Zara.
Hariz hanya mengangguk setelah mendengarkan balasan Zara. Kemudian, matanya memaku wajah Shasha.
"Abang nak pergi solat Jumaat ni. Sekali dengan beli makanan. Sha nak apa-apa spesifik tak?" tanya Hariz. Eloklah kalau dia keluar membeli makan memandangkan sudah masuk waktu tengahari.
"Em tak ada. Abang beli jelah apa-apa," balas Shasha mudah. Dia bukannya cerewet. Jadi apa saja yang dibeli Hariz, dia akan telan.
"Okay, call me if you need anything. Bye, I love you, sweety!" Hariz melangkah ke arah pintu sambil berkata.
Wajah Shasha terus berbahang. Suaminya memang sengaja. Sudah terang lagi bersuluh dua orang pekerjanya ada, boleh pula dia nak bermanis-manis.
"Awww! Sweetynya suami akak! Bilalah Zara nak kahwin eh?" Terkebil-kebil matanya merenung ke luar. Membayangkan bakal suami yang tak kunjung tiba.
"Itulah. Tengok Encik Hariz tu buat Rina terfikir. Wujud lagi eh lelaki baik macam tu?" Rina pula berkata.
"Lah? Mestilah wujud. Korang berdua ingat lelaki jahat ja yang wujud?" Shasha melepaskan nafas kasar. Pening melayan dua pekerjanya ini.
"Lagipun korang berdua muda lagi lah. Sebelum berfikir nak kahwin, kerja dan cari duit dulu supaya stable." Sempat Shasha memberikan pesanan.
"Okay akak! Kami nak berjaya macam akak dulu, baru cari lelaki macam Encik Hariz." Zara ketawa kecil, diikuti Rina.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomantikKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...