𝟐𝟎

1.7K 72 2
                                    

"ABANG!" Lengan Hariz dicubit kuat kerana menganggunya sedang mengemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG!" Lengan Hariz dicubit kuat kerana menganggunya sedang mengemas.

"Ya Shasha Rayana ku sayang?" Meleret suara Hariz bersama senyuman senget di bibir.

"Janganlah kacau Sha. Tengok ni hadiah banyak belum buka. Baju belum tersusun. Sudahlah abang tak belikan penyangkut baju siap-siap," bebel Shasha.

Sebaik sahaja tamat majlis resespi, mereka bermalam selama satu hari di rumah abi dan umi. Keesokannya Hariz terus membawa Shasha ke kondonya.

"Abang dah beli la. Ada dekat ruang tamu tu." Dia menghampiri tubuh isterinya yang sedang terduduk. Lalu dia melabuhkan pinggul di sebelah. Bersila bersama Shasha.

Tiada balasan. Tangan Shasha mengambil sekotak lagi hadiah dan balutannya dikoyak. Antara hadiah yang dia suka adalah peralatan rumah. Tak perlu dia meminta Hariz untuk belikan yang lain.

"Memang nak kena buka semua ke?" tanya Hariz, namun tangannya turut membantu si isteri.

"Yalah. Takkan nak biar mereput pula," balas Shasha.

"Tanya pun marah." Bibirnya dimuncungkan.

Cup! Shasha mencium pipi Hariz sesaat.

"Mana ada Sha marah. Maaf, Sha dah terbiasa cakap macam tu. Sha ubah eh?" Tangan Hariz dicapainya dan diusap lembut.

"Abang gurau lah. Tahu Sha tak maksudkan pun." Rambut Shasha diusap lembut.

"Kejap, Sha nak simpan hadiah yang dah buka ni. Dah bersepah bilik kita." Dia bangun dan membawa barangan untuk diletakkan ke ruang tamu.

Hariz masih membuka hadiah, namun terhenti tangannya. Terletus tawa besar dari bibirnya. Laju Shasha mengalihkan kepala memandang suaminya. Terlepas segala barang di tangan dan dia berlari ke arah Hariz.

"Abang!" Dia merampas baju berwarna merah gelap bertali halus dari tangan Hariz. Baju tersebut dimasukkan ke dalam kotak semula.

Merah wajah Hariz kerana ketawa terlalu banyak. Sehingga dia menekan perutnya kerana terasa senak.

"Abang! Cukup lah gelak." Giginya diketap kuat.

"Kenapa pergi simpan? Abang nak tengoklah." Kotak tersebut dirampas.

"Abang jangan!" Dia cuba merampas semula namun pantas Hariz berdiri dan kotak diangkat tinggi ke udara.

Memang takkan berjaya usaha Shasha memandangkan ketinggiannya hanya paras dada Hariz. Terlompat-lompat kecil dia cuba menggapai kotak tersebut.

"Sweety, stop. Abang nak tengok ja." Dia masih dengan sisa ketawa melihatkan usaha Shasha.

"Tak nak lah abang. Segan lah." Dia mengalah. Tubuh dibaringkan ke atas katil. Penat! Buang tenaganya saja.

"Kenapa nak segan? Bukannya abang minta Sha pakai. Abang cuma nak tengok design dia ja." Hariz turut melabuhkan duduk di atas katil.

"Banyaklah abang punya design!" Matanya dipejam. Malas mahu melayan Hariz.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now