𝟏𝟏

1.6K 91 8
                                    

       KERETA dipandu laju menuju ke arah rumah milik Arlan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       KERETA dipandu laju menuju ke arah rumah milik Arlan. Tak sabar rasanya ingin dia sampaikan pada Arlan berita mengejut ini. Entah apa reaksi yang akan diterima sekejap lagi. Tapi, ada juga rasa takut yang menyelit masuk ke dalam hati. Bagaimana kalau Arlan tidak merestui hubungan mereka? Bagaimana kalau Arlan minta dia lupakan saja perasaannya pada Shasha? Ah! Tak mampu dia fikirkan jikalau benar tanggapannya.

Setelah tiba, dia memarkir keretanya di lot parkir. Tubuh dibawa ke pondok keselamatan bagi mengambil kad akses untuk naik ke lif. Maklumlah, Arlan tinggal di kondo. Keselamatan juga sangat ketat.

Masuk saja ke dalam lif, punat bernombor 17 ditekan. Dia mengetuk-ngetuk kad akses tersebut ke telapak tangannya. Rasa teruja sejak dari tadi terus hilang entah ke mana. Hanya tinggal rasa takut dan tak yakin.

Ting! Lif dibuka. Dia menapak ke rumah bernombor 6. Dirinya terpaku di hadapan pagar, lalu nafas ditarik dalam. Lama. Berkali-kali. Hanya kerana detak jantungnya semakin laju.

Ktak! Bunyi pintu dibuka. Terjengul wajah Arlan yang kehairanan di hadapan pintu.

"Riz? Apahal kau tercegat dekat luar ni? Kenapa tak tekan loceng?" tanya Arlan seraya membuka kunci pagarnya.

"Aku baru sampai lah." Tipu Hariz. Senyum nipis dihadiahkan lalu dia membawa diri ke dalam rumah Hariz dan tubuh terus dibaringkan ke sofa. Bukannya dia tak biasa, rumah Arlan sudah seperti rumahnya.

"Kau okay ke tak? Kenapa macam pelik ja?" tanya Arlan setelah melabuhkan duduk di sofa sebelah.

"Okay.." Hariz bangun dari baring dan duduk menghadap Arlan. Kakinya kanannya diletakkan di atas paha kiri.

"Sah tak okay. Kenapa? Adik aku okay ja kan?" tanya Arlan. Wajahnya diseriuskan.

"Eh, adik kau okay ja. Cuma aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi... kau jangan marahkan aku eh? Aku pun baru tahu sebenarnya. Terkejut juga ni." Hariz menegakkan tubuh. Mata dibawa memandang mata Arlan.

"Ish cakap lah cepat. Straight to the point boleh tak?" marah Arlan. Bahu kanan Hariz ditumbuknya perlahan.

"Arlan, kau tahu tak perempuan yang aku ceritakan selama ni adik kau sendiri?" tanya Hariz dengan satu nafas.

"Shasha Rayana?!" Ternaik dua oktaf suara Arlan.

Hariz mengangguk perlahan bersama sengihan kaku di bibirnya.

"Wait what?! Perempuan yang buat kau angau selama bertahun tu rupanya adik aku? Shasha Rayana yang sama?!" tanya Arlan lagi. Dia perlukan kepastian. Takut jikalau telinganya yang salah dengar!

"Ya Arlan. Kau terkejut kan? Aku pun sama." Hariz mengiakan.

"Kan kau minta aku bawa adik kau pergi meet and greet tadi? Kau suruh aku tunggu. Aku pun tunggu dan tunggu. Tengok-tengok dia datang. Dia terkejut, aku pun terkejut. Sekarang kita sama-sama terkejut." Hariz menyandarkan tubuhnya ke belakang.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now