Keesokan harinya pada waktu dalam lingkaran 5:30 petang, Lydia jatuh terduduk dihadapan makam milik Laura. Batu Nisan yang terukir nama cahaya mata yang sangat disayangi itu asyik dipegang bagaikan tidak mahu lepas sahaja.
"Laura.."
"Kenapa tinggalkan mommy.."
"Mommy sayangkan awak sayang.."
Dhia dan Intan dibelakang itu hanya memandang sahaja Lydia. Dia cuba untuk memegang Lydia malah di tepis perlahan oleh Lydia.
Manakala Danish di belakang itu juga memandang sahaja Lydia. Dia turut melakukan hal yang sama apa yang Dhia dan Intan buat. Tetapi Lydia juga menepis tangannya dengan perlahan.
"Danish, kau temankan Lydia okay? Aku tunggu dekat kereta.. tengok langit macam nak hujan lebat je ni" kata Darwish setelah dia melihat ke atas langit.
Danish mendongak kepalanya memandang langit. Kelihatan langit seperti mendung hanya tunggu tiba masanya untuk hujan. Dia mengangguk tanda respon kepada Darwish.
"Iffat, Dhania jom.. masuk kereta dah nak hujan dah ni" kata Darwish. Dia menghulurkan tangannya ke arah Dhania.
Dhania yang tidak lepas melihat makam Laura itu langsung berpaling ke arah ayahnya. Dia melangkah mendekati Darwish dengan kepalanya masih menoleh memandang makam Laura.
Sungguh sedih diri Dhania kerana hilang seorang kakak yang sangat baik terhadapnya. Walaupun dia tidak merasai kasih sayang seorang kakak kandung malah Laura ada tempat dia merasai perkara itu.
Manakala Iffat yang dipimpin oleh Intan menuju keluar dari pintu pagar tanah perkuburan itu juga tidak lepas menoleh memandang belakang melihat makam Laura.
Dirinya pun terasa sedih juga kerana banyak kenangan dia bersama Laura. Sungguh dia tidak percaya akan pemergian Laura yang sangat awal dirinya pergi meninggalkan dunia ini.
Sementara itu, Nathan tidak berhenti menepuk nepuk pada belakang Danish untuk menenangkan kawan baiknya.
"Aku bawak isteri aku pergi dekat kereta dulu eh? Aku dapat rasa air hujan dah nak turun dah ni" ujar Nathan selepas melihat sekilas pada tangannya apabila dia merasa titisan air hujan terkena pada tangannya.
"Okayy."
Dapat sahaja balasan dari Danish, Nathan langsung berpaling ke arah Dhia dan Naim.
"Sayang, jom. Naim jom" ajak Nathan sambil memimpin tangan Dhia dan Naim. Mereka bertiga mula melangkah meninggalkan Lydia dan Danish di pemakaman Laura berduaan.
Melihat saja mereka semakin menjauh darinya, Danish langsung berpaling ke arah Lydia yang masih lagi terduduk memegang batu nisan Laura. Air mata Lydia yang sejak dari tadi lagi tidak berhenti dari mengalir.
Danish menarik nafas lalu hembus perlahan. Dia berjalan mendekati Lydia sebelum dia duduk mencangkung di sebelah Lydia. Bahu Lydia dipegang.
"Sayang, jom balik.. dah nak hujan dah ni" ujar Danish dengan lembut.
Lydia menggeleng geleng kepala tanda dia tak nak pulang ke rumah.
Danish mengeluh. Tiba tiba langit berbunyi guruh. Danish mendongak memandang atas. Air hujan semakin kuat menitis membasahi bajunya.
"Sayang, jom la kita balik.. nanti kalau ada masa lagi kita datang la semula jenguk Laura dekat sini lagi okay?" pujuk Danish sambil memegang bahu Lydia.
Lydia berpaling ke arah Danish di sebelah. Wajah suaminya dipandang lama sebelum dia kembali beralih memandang makam Laura.
"La.. Laura sayang.. mommy balik dulu okay? Laura jaga diri baik baik tau dekat sana.. mommy sentiasa sayang Laura.. kasih sayang mommy dekat Laura tak pernah terhenti sekali pun.." Lydia cuba menarik nafas.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...