"Apa lagi yang kau nak..? Aku dah penat la, Imran..." kata Nina lemah. Dia memegang erat kedua belah kakinya yang separuh dada itu lalu menyembam muka pada lutut.
"Kesian kau eh? Hm.." Imran menggeleng geleng kepala.
Nina hanya menangis sahaja. Sungguh dirinya tidak bermaya sekarang ini. Terasa nak mati sahaja.
"Kejap eh?" Imran melangkah keluar dari bilik apabila bilik yang di duduki di ketuk.
"Ni boss makanannya." Rashdan menghulurkan dulang berisi nasi goreng dan air kosong.
"Thanks!" ucap Imran dengan menyambut huluan Rashdan itu. Pintu di tutup dengan menggunakan kaki sebelum dia melangkah kembali ke arah katil. Dulang itu diletakkan di atas meja lampu.
"Makan."
Nina menggerling ke arah nasi goreng dan air kosong itu di atas meja lalu dia kembali memandang ke arah lain.
"Wah? Tak nak makan ke? Ke nak aku suap?" pelawa Imran dengan kening terangkat sebelah.
"Ooo.. nak aku suap ehhh? Okay okay! I suap untuk you okay, sayang?" Imran melabuhkan punggungnya di sisi katil. Pinggan nasi gorang di ambil.
"Nah buka mulut" arah Imran yang sedang menghulurkan sudu berisi nasi goreng itu ke arah Nina.
Kepala Nina perlahan lahan memandang Imran. Dia melihat nasi goreng dan Imran bersilih ganti.
"Kau tengok apa? Makan la cepat!" jerkah Imran.
Nina mengetap bibirnya sebelum dia membuka mulut dan makan nasi goreng yang dihulurkan oleh Imran.
"Sedap?"
Nina mengangguk perlahan.
"Nak lagi?"
Sekali lagi Nina mengangguk.
Dan Imran mengulangi lagi kelakuannya itu. Sehingga la nasi goreng itu habis.
Imran meletakkan pinggan yang kosong itu di atas dulang. Air kosong di ambil.
Baru sahaja Nina mahu menyambut malah Imran pantas melarikannya.
Nina memandang Imran pelik.
"Aku suap."
Terkebil kebil Nina dibuatnya. Mulut dibuka kecil. Dengan itu, air kosong selamat masuk ke dalam mulut.
"Dah.. kau pergi mandi lepas tu tukar baju.. baju tu aku dah letak dekat dalam bilik air.. pakai je" arah Imran. Gelas air kosong yang penuh tadi, sekarang sudah tinggal separuh. Gelas itu di letakkan di atas dulang.
Nina tidak berganjak bahkan dia melihat sahaja Imran dengan perasaan pelik.
"Asal kau pandang aku macam tu?" Imran mula bersuara.
"Kenapa tiba tiba kau baik dengan aku hari ni?" tanya Nina.
"La? Buat baik pun salah ke?"
Nian menggelng kepala.
"Dah! Kau tak payah nak banyak songeh.. pergi mandi sekarang."
Dan masih sama. Nina tiada tanda mahu bangun dari katil.
Imran merengus kasar.
"Kau dah kenapa? Sengaja buat aku naik angin pulak ke?"
"Celah kangkang aku sakit.. tak boleh jalan" kata Nina dengan berwajah kosong.
Imran beralih mata melihat ke arah yang dikatakan oleh Nina. Dia merenung seketika.
"Kuat sangat ke aku buat dia hari tu?"
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...