"Ha! Mommy buat apa tu!" sergah Lutfan Danial yang sudah mencecah usia 5 tahun.
"Eish! Terkejut la mommy Lutfan ni." Lydia mengurut dada kecil. Dikerling Lutfan sekilas di belakang itu.
Lutfan tersengih. Kepala dijenguk jenguk mahu melihat apa yang dimasak oleh ibunya itu.
"Mommy... Lutfan tanya ni..." rengek Lutfan sambil mengoyang kecil pada baju Lydia.
"Ye sayang, mommy tengah masak untuk daddy ni" jawab Lydia dengan lembut.
"Masak untuk daddy? Daddy kan pergi kerja?" soal Lutfan hairan.
"Memang la.. tapi mommy nak suprisekan daddy.. maknanya mommy nak pergi office daddy la lepas ni" jawab Lydia dengan tangan ligat mengacau sup ayam itu.
"Ooo macam tu..." Diangguk angguk kepala tanda faham.
"Tuh makanan Lutfan mommy dah siap hidang pergi la makan" kata Lydia sambil menjuih bibir ke arah meja makan sekilas.
Lutfan berpaling ke arah meja makan.
"Mommy macam tahu tahu je Lutfan tak makan nasi ayam?"
"Memang mommy tahu la sebab Lutfan kan anak mommy.. segala perangai Lutfan mommy tahu tau" ujar Lydia bangga.
"Elehhh ye la tuu mommy." Lutfan mula berjalan ke arah meja makan. Dia mendongak sedikit kepalanya melihat apa yang dihidang oleh ibunya itu.
"Wah! Nasi goreng cina!" Teruja Lutfan dibuatnya tatkala nasi goreng cina makanan kegemarannya itu terhidang di atas meja. Masih panas panas lagi. Bau pun kemain sedap.
Lydia menoleh ke belakang sekilas bersama senyuman tipis diterbitkan pada bibir.
"Makan sampai habis tau sayang.. nanti lepas makan naik atas bersiap.. kita pergi office daddy pulak lepas ni okay?"
"Okay mommy~" lerek Lutfan sebelum dia mula memanjat atas kerusi. Dia membaca bismillah terlebih dahulu sebelum sudu di sebelah pinggan di ambil lalu menyuap nasi goreng cina itu ke dalam mulutnya.
꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂
Sebaik sahaja pemandu grab menghantar Lydia dan Lutfan di kawasan bangunan pekerjaan Danish pergi, mereka melangkah masuk sambil berpimpin tangan. Beg makanan buat Danish tidak lupa di bawa sekali.
Masuk sahaja mereka dalam bangunan itu, Lydia melangkah ke arah lif dengan tangannya masih lagi memimpin tangan kecil Lutfan.
"Mommy"
"Ye sayang?"
"Petang nanti boleh tak kita pergi pantai dengan daddy?" pinta Lutfan dengan kepala mendongak memandang ibunya itu.
"Boleh sayang. Nanti mommy cakap dekat daddy okay?"
"Okay mommy."
Lydia tersenyum sebelum butang lif ditekan. Buka sahaja pintu lif itu, mereka berdua melangkah masuk dan butang tingkat 10 ditekan.
Sebelum tiba di tingkat 10, Lutfan menyanyi kecil dan perkara itu cukup jelas didengari oleh Lydia memandangkan mereka berdua sahaja berada di dalam lif tersebut.
Lydia menoleh ke arah Lutfan disebelah. Dia mengukir senyuman kecil. Happy semacam dia tengok si Lutfan hari ni. Entah apa la yang membuatkan dia happy pun tak tahu.
"Jom." Lydia mula menarik tangan Lutfan melolos keluar dari lif apabila mereka sudah tiba di tingkat 10.
"Hai Sarah, Danish ada?" tanya Lydia tatkala dia telah sampai di kaunter pertanyaan itu.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...