Usai sudah mengemas dapur selepas makan malam, Lydia mengorak langkah ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.
Tiba di pintu bilik tidur dirinya bersama Danish kakinya mula melangkah masuk.
Lydia mengulum senyuman manis sebelum dia menghayun kaki mendekati Danish yang berada di meja kerja itu.
"Ha! Buat apa tu?!" Terjah Lydia dengan tangannya menepuk kedua belah bahu Danish dari belakang.
"Ish kau ni! Nasib baik tak terdelete benda ni tau!" amarah kecil Danish. Dihela nafasnya kasar.
Lydia tersenyum sebelum tangannya melingkar pada leher Danish.
"Awak kerja tak esok, sayang?" tanya Lydia dengan kepala disengetkan sedikit melihat wajah Danish itu.
"Tak. Aku nak sattle benda ni dekat rumah je dulu.. nanti minggu depan aku masuk la kerja" jawab Danish. Bola matanya masih tertumpu pada skrin laptop.
Lydia mengangguk tanda faham sambil muncung bibir.
"Yang kau pulak? Kerja tak?" Kini giliran Danish pula menyoal.
"Hm? Saya? Oh! Takk."
"Asal?"
"Saya minta cuti dengan abang Darwish seminggu" jawab Lydia tenang dengan posisi masih setia kekal sama.
"Asal kau minta cuti?" tanya Danish lagi yang ingin kepastian.
"Macam saya cakap dengan awak.. yang saya nak luangkan masa saya dengan awak."
Danish mengangguk faham.
Lydia menarik nafas kecil. Dia mula mahu meleraikan lingkaran tangannya pada leher Danish malah Danish menghalangnya.
"Stay like this."
"Ha?"
"Kekal macam ni."
"Laa nanti ganggu la awak nak buat kerja tu."
"Tak adanya ganggu kalau semua tentang kau, sayang."
Lydia terkedu. Dia mengemam bibir menahan dari tersenyum. Dieratkan lagi tangannya pada leher Danish.
"Okay~"
Danish tersenyum sinis lalu jari jemarinya kembali memetik keyboard pada laptopnya itu.
"Sayang.."
"Hm?"
"Saya rasakan macam dah lama dah tak pergi melawat kubur Laura" kata Lydia tiba tiba.
Danish menggerling Lydia sekilas.
"Kenapa? Kau nak pergi lawat kubur dia ke?"
"Nak! Mesti la nak! Alang alang kita dua ni cuti kan? Boleh la pergi!" Teruja sahaja suara Lydia sehingga dia tidak perasan yang dia telah mengoyangkan sedikit tubuh badan Danish itu.
"Ye ye.. kita pergi.. tapi jangan la kau goyang badan aku ni sayang.. susah aku nak taip ni" amarah lembut Danish.
"Oh? Sorry sorry.." Lydia tersengeh. Dia merenung seketika. Perasan apabila dirinya seperti menganggu suaminya mahu membuat kerja itu dia membuat keputusan mengambil kerusi sahaja duduk disebelah Danish.
"Kalau macam tu saya ambil kerusi la duduk sebelah awak" cadang Lydia seraya meleraikan tangannya pada leher Danish lalu hendak melangkah pergi.
Akan tetapi Danish lebih pantas menyambar pergelengan tangan Lydia sehingga Lydia jatuh terduduk di atas peha Danish pula kali ini.
"Duduk sini je la." Tangan Danish mula melingkar pada pinggang Lydia untuk mengunci pergerakan gadis itu.
"Eish.. lagi ganggu la sayang kalau saya duduk macam ni.. susah awak nak buat kerja" bantah Lydia.
![](https://img.wattpad.com/cover/349258599-288-k974660.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romantizm5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...