Danish menyandarkan dirinya pada kerusi, perbincangan terakhirnya ini sangat membosankan dirinya. Dia merengus kecil. Tangannya tidak berhenti memusingkan pen.
Dengan itu, tiba tiba telefon miliknya berbunyi dan perkara itu membuatkan semua orang yang berada dalam bilik mesyuarat tertumpu ke arahnya. Begitu juga dengan Nathan disebelah.
"Sorry" kata Danish sebelum dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.
"Hello siapa ni?"
"Assalamualaikum"
Danish mengetap bibir.
"Waalaikummussalam, siapa ni? Kalau nak call, call lepas ni boleh tak? Aku ada meeting ni"
"Err, maaf encik. Saya madam Anita, cikgu english yang mengajar Laura Farhana dan encik ni ayah dia ke?"
"Oh! Sorry! Ye saya. Kenapa?"
"It's okay. Saya cuma nak minta encik datang hospital sekarang? Sebab anak encik kena langgar depan sekolah tadi"
Mata Danish membuntang luas.
"Hos..hospital mana madam?"
"Tak apa saya send location dekat encik"
"Baik!"
Panggilan itu dimatikan oleh Danish. Ruang mesej Nathan ditekan lalu menghantar mesej kepada Nathan.
Selepas sahaja hantar mesej kepada Nathan, Danish langsung berlari laju menuju ke arah lif.
Manakala Nathan yang masih lagi berada dalam bilik mesyuarat itu terganggu apabila satu notifikasinya naik. Dia sudah silentkan telefonnya tetapi masih lagi bergetar di dalam poket seluar.
Nathan mengeluarkan perlahan lahan telefon itu lalu membaca mesej yang dihantar oleh Danish.
Nathan merengus kecil.
"Err.. dato saya minta maaf Danish dia kena balik sebab ada emergency.. jadi dato boleh teruskan aje lah tanpa dia" ujar Nathan.
"Emergency apa pulak?"
"Itu dato tak perlu tahu laa.. itu hal dia" jawab Nathan selamba.
Tak pelik kenapa si Nathan berani cakap sebegitu dengan dato itu sebab dato itu sudah pun tahu yang Nathan dan Danish tidak menyukainya jadi dia sudah terbiasa dengan kata kata kasar yang keluar dari mulut Nathan dan juga Danish.
Dato itu mengangguk perlahan sebelum meneruskan sesi perbincagan terakhir mereka.
Dan sekarang Danish memecut laju menuju ke arah hospital yang telah dinyatakan dalam lokasi yang dihantar oleh guru english Laura iaitu madam Anita.
Sampai sahaja dihospital itu, Danish langsung parking kereta dan keluar dari kereta dengan tergesa gesa. Dia melangkah laju masuk ke dalam hospital. Baru saja dia mahu melangkah ke arah kaunter pertanyaan tiba tiba madam Anita memanggilnya.
Danish melangkah mendekati madam Anita.
"Madam macam mana dengan anak saya?"
"Anak encik masih lagi dalam wad kecemasan.. doktor belum bagitahu sebarang info lagi" balas madam Anita.
Danish meraup wajahnya dengan kasar.
"Macam mana dia boleh kena langgar madam?"
"Saya pun tak tahu la.. tapi time tu saya baru lepas habis meeting dengan semua cikgu cikgu.. and then saya nak keluar la dari pangkaran sekolah tu.. lepas tu saya nampak ramai orang berkumpul dekat depan pehentian bas.. so saya berhenti dekat tepi.. and terus keluar dari kereta nak tengok apa yang jadi.. and last saya terkejut yang kena langgar tu Laura anak murid saya.. saya apa lagi terus angkat dia dan bawak pergi hospital ni.. dah tak kisah dah orang orang yang sibuk sibuk dekat situ" jelas madan Anita panjang dan lancar.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romansa5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...