Bab 24 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.6K 50 26
                                    

Nathan menerjah masuk ke dalam bilik Danish.

"Danish, pukul 12 sampai 3 kau memang kena masuk meeting" ujar Nathan secara tiba tiba. Kakinya melangkah besar menuju ke arah meja Danish.

Danish yang tekun membuat kerjanya itu terhenti apabila dia mendengar kata kata yang keluar dari mulut Nathan. Dia merengus kasar.

"Meeting apa pulak kau ni?" soal Danish dengan malas.

"Meeting ni mesti kau suka punya sebab perbincangan terakhir kau dengan campony yang kau benci gila gila tu.. dato tu cakap dia akan tamatkan projek kau dengan dia hari ni.. so kau kena masuk jugak laa meeting tu" jelas Nathan. Dia tidak duduk malah dia hanya berdiri sahaja berbual dengan Danish.

"Serius la?" soal Danish tidak percaya. Nada suara kedengaran seperti teruja.

"Ye, aku serius. Kalau kau masuk meeting tu and automatik dia takkan ganggu kau lagi.. bahkan nak datang sini lagipun dia tak nak dah"

Danish mengukir senyuman.

"Alright, aku masuk meeting tu" jawab Danish tanpa ragu ragu lagi memikir.

"Cun! So sekarang dah nak pukul 12.. jom la gerak sekarang" ajak Nathan selepas dia menggerling sekilas jam di pergelengan tangannya.

Danish turut melakukan hal yang sama. Jarum jam hampir menunjukkan pada pukul 12. Dia mengangguk kepala sebelum tangannya menutup fail dan letak disebelah meja. Buku dan alatan tulis yang penting untuk perbincangan itu dibawa.

"Jom."

Danish dan Nathan mula keluar dari bilik. Oleh kerana Danish terlalu teruja dengan perbincangan terakhirnya itu, Danish lupa yang dia seharusnya mengambil Laura dari sekolah pada pukul 1:30 petang. Mesyuarat itu sudah melebihi waktu kepulangan sekolah Laura.

Adakah Laura kena sidai lagi dengan Danish kali ni?





    ꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂





"Eh? Awalnya awak pergi lunch, Lydia?"

Ketawa sakan Lydia dan Nina terhenti apabila Imran menghalang laluan mereka. Dengan itu, wajah mereka berubah seperti biasa, tapi tidak kepada Nina. Entah mengapa dia merasa dadanya berdebar semacam kalau bertembung dengan si Imran.

"Haah, sebab kitorang siap semua dah uruskan pesakit kitorang.. jadi sebab tu la boleh rehat awal, kan Nina?" respon Lydia bersama senyuman tipis. Dia juga melagakan sekilas bahunya dengan bahu Nina.

Nina mengangguk kepalanya tanda setuju. Wajahnya ditayangkan riak biasa dan tenang. Tak nak Imran syak apa apa darinya.

"Jadi saya kena lunch sorang lagi la ni?" ujar Imran yang membuat nada suara seakan sedih.

"Errr.. nampaknya.. macam tu la" jawab Lydia sambil tersengih. Tak nak cakap main hentam saja, nanti terasa pulak.

"Tak apa la kalau macam tu, saya pergi dulu" pamit Nathan bersama senyuman kecil.

"Okay~" lerek Lydia sebelum tangannya naik melingkar pada lengan Nina.

"Jom Nina?"

"H..hah? Oo? Jom jom.." respon Nina yang tengah termenung melihat wajah Imran itu. Entah mengapa dia tiba tiba rasa hilang kata kata. Wajah Imran sungguh membuatkan dia seperti tidak selesa.

Lydia mengulum senyuman lalu menarik Nina pergi dari situ.

Imran melangkah selangkah. Dia termenung ke hadapan terlebih dahulu sebelum menoleh ke belakang melihat tubuh badan Lydia dan Nina.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now