Bab 30 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.4K 48 23
                                    

Seminggu sudah pun berlalu, cuti Lydia sudah pun habis dan kini dia kembali dalam alam dunia pekerjaan.

Bangunan hospital milik Darwish sudah pun selamat sampai. Lydia membuka seat belt yang terlilit pada tubuhnya. Cermin yang sudah disediakan dalam kereta itu dibuka lalu menilit ke setiap wajahnya. Rambut dibetulkan supaya kelihatan kemas.

Danish disebelah itu hanya memerhati sahaja kelakuan Lydia. Dia mengecilkan mata.

"Dah dah la tuu.. apa lagi tak kenanya?" ujar Danish dengan mata tidak lepas melihat Lydia.

"Bukan.. saya rasa bibir saya macam pucat sikit.. maybe kena tou—"

"Tak tak tak! Tak payah nak touch up bagai.. dah cantik dah tu" seloroh Danish yang tidak berpuas hati.

"Alaa kenapa..? Tak berseri la muka say—"

"Aku ni siapa?"

"Hah? Awak siapa?" tanya Lydia kembali. Maklum la tiba tiba kena soal macam tu. Mahu tidak blur Lydia dibuatnya.

Danish mengangguk.

"Awak.. Danish Haziq la?"

Danish menggeleng geleng kepala tidak menerima jawapan yang keluar dari mulut Lydia.

Lydia mengerutkan dahi. Sengaja mahu menyebalkan diri Danish. Matanya bulat sahaja memandang suaminya itu tanda tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Danish.

"Habis tu? Awak siapa?" soal Lydia lagi.

Danish merengus kasar. Matanya mula memandang tajam ke arah Lydia.

Melihat dari mata tajam Danish itu cukup membuatkan Lydia kalah. Dia ketawa.

"Okay okay okay.. awak suami saya.."

Danish tersenyum sinis.

"Tahu pun. Dah Salam." Danish menghulurkan tangannya ke arah Lydia.

Lydia menyambut lalu mencium telapak tangan belakang Danish.

"Jaga diri kau baik baik, sayang.. jangan nak menggatal dengan jantan lain" pesan Danish yang tidak lepas memandang wajah polos Lydia itu.

"Ishh apa awak ni.. saya datang sini nak kerja tahu tak.. bukan nak menggatal" amarah kecil Lydia.

"Ye la mana tahu kau layan jantan lain dekat belakang aku ke apa.. aku tak tahu sebab aku tak ada dekat dengan kau" andaian Danish sendiri.

"Tak baik tau sayang tuduh saya macam tu" kata Lydia mencebik. Nada suara kedengaran sedih sahaja.

Danish berdecit perlahan.

"Ye la.. ye laa.. aku gurau je.. dah pergi la nanti kau lambat pulak masuk kerja"

"Okay.."

Baru sahaja tangan Lydia mahu membuka pintu itu terbantut apabila Danish menyambar pergelengan tangannya. Lydia menoleh.

"Apa lagi sayang?"

"Tak nak cium aku ke?" soal Danish dengan keningnya terangkat sebelah.

Lydia menggulingkan matanya sebelum dia mendekatkan dirinya ke arah Danish.

"Dahh saya pergi dulu" pamit Lydia setelah dia mengucup sekilas pada pipi putih milik Danish itu.

Danish mengukir senyuman sumbing.

Keluar sahaja Lydia dari kereta miliknya itu sempat Danish mengenyit mata buat Lydia.

Manakala Lydia yang tidak lepas melambai kecil ke arah Danish itu hanya menjelirkan lidahnya sahaja.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now