7:19 pagi. Lydia menyiapkan sarapan pagi buat permata hatinya iaitu Danish dan Laura. Apabila dah siap, Lydia menjenguk jenguk kepalanya melihat ke arah tangga. Dengan itu, terlihat Laura sudah pun siap mengenakan baju sekolah. Beg pula diletakkan di atas sofa dan berlari ke arah dapur.
"Wahh! Breakfast Laura dah siap la!" Laura berkata dengan teruja.
Lydia tersenyum sebelum tangannya naik membelai kepala Laura. Bekal Laura diletakkan di hadapannya.
"Ni bekal untuk Laura okay? Mommy dah siap kan semua dah" kata Lydia bersama senyuman manisnya.
"Wahh! Thankyou mommy!"
"You're welcome, sayang mommy" balas Lydia. Bibirnya tidak berhenti dari terukir manis. Dengan itu, bibirnya perlahan lahan bertukar masam apabila diperasan kelibat Danish masih lagi tidak muncul.
"Laura makan dulu okay? Mommy nak tengok daddy dah siap ke belum.. okay?"
"Okay mommy!"
Lydia tersenyum kecil. Kakinya mula melangkah keluar dari dapur meninggalkan Laura sendirian. Tangga di daki menuju ke arah tingkat 2.
Sampai sahaja di tingkat atas itu, Lydia melangkah masuk ke dalam bilik. Terlihat katil sudah kosong. Mesti dah bangun. Tetapi tiada pula kedengaran air dipasang di dalam bilik air. Dia mengerutkan dahi. Dia cuba melangkah masuk ke dalam bilik baju Danish.
"Kat sini rupanya.. ingatkan pergi mana la tadi" kata Lydia sambil menyilang tangan pada dada. Matanya lurus memandang Danish yang sudah siap mengenakan baju kerjanya.
Danish yang membelakangi Lydia itu perlahan lahan memusingkan badannya menghadap Lydia.
"Tolong ikatkan" arah Danish. Tali leher yang belum diikat sempurna itu ditayangkan kepada Lydia.
Lydia merengus perlahan sambil menggeleng kepala. Dia berjalan mendekati Danish. Tangannya mula naik mengikat tali leher Danish.
Danish hanya memerhati sahaja wajah polos Lydia. Tiba tiba fikirannya teringat akan tentang semalam dimana Lydia bermesra dengan seseorang lelaki melalui telefon.
"Sayang"
"Ye?" respon Lydia tanpa memandang Danish. Matanya tengah fokuskan pada tali leher.
"Siapa lelaki yang call kau semalam?"
Tangan Lydia terhenti. Namun, cepat cepat dia teruskan mengikat tali leher Danish.
"Rakan sekerja saya."
"Rakan sekerja? Aku tak tahu pun kau ada rakan sekerja lelaki? Yang aku tahu rakan sekerja kau perempuan yang bernama Dayana je?"
Nafas Lydia mula tidak teratur. Tetapi dia cuba berlagak tenang.
"Dah siap." Lydia menjatuhkan tangannya ke sisi.
"Kau tak jawab lagi soalan aku, sayang" kata Danish. Wajah Lydia itu dipandang tanpa kelip.
Lydia menjongket kening.
"S..soalan apa?"
"Sejak bila kau ada rakan sekerja lelaki?"
"Se.. semalam.. dia baru je masuk kerja dekat hospital abang Darwish tu.. doktor praktikal.. tapi umur dia sama je dengan awak, sayang" jawab Lydia dengan nada yang takut. Air liur ditelan kasar.
"Kenapa aku tak tahu?"
"Se.. sebab saya tak bagitahu awak"
"Kenapa kau tak bagitahu aku?"
"Saya t..tak ingat"
"Asal kau tak ingat?"
Lidah Lydia mula kelu. Tidak tahu lagi mahu jawab apa. Aduih banyak soal pulak. Hmm.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...