Bab 35 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.8K 61 19
                                    

"Sayang" panggil Lydia yang berada di permukaan pintu bilik.

Danish yang melemparkan pandangan ke arah balkoni bilik itu perlahan lahan dia menggerling ke arah suara lembut itu.

Lydia memandang lama ke arah Danish sebelum dia melangkah mendekati suaminya.

Manakala Danish hanya memandang saja Lydia datang mendekatinya itu.

"Asal kau datang sini?" soal Danish tiba tiba. Mata tidak lepas memandang Lydia yang telah melabuhkan punggung disebelahnya itu.

Lydia pandang Danish lama. Danish pula turut membalas pandangan mata. Kemudian itu, Lydia langsung memeluk Danish dengan erat tetapi Danish hanya membiarkan sahaja. Tangan tiada tanda tanda mahu membalas pelukkan Lydia.

Tiba tiba Danish kedengaran tangisan kecil Lydia pada dada bidangnya. Jesteru, perlahan lahan Danish meleraikan pelukkan itu dan menilit ke setiap inci wajah Lydia yang sudah membasahi dengan air mata.

"Pahal kau nangis?"

Lydia tidak menjawab pertanyaan Danish malah dia hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Danish merengus perlahan.

"Kau tak takut dengan aku ke?"

Lydia geleng kepala.

"Asal kau tak takut?"

"Buat apa saya nak takut dengan awak? Awak bukannya hantu pun."

Danish berdecit perlahan. Sedikit kelakar dengan jawapan Lydia itu.

"Apa tujuan kau datang sini?"

"Nak peluk awak."

"Habis tu peluk la aku."

"Dah peluk dah tadi tapi awak yang leraikan"

Tanpa bersuara lagi Danish pantas menarik Lydia dalam dakapannya. Tangan Lydia naik memeluk badan Danish.

Tidak sampai beberapa saat Lydia kembali meleraikan pelukkan itu.

"Dah kenapa pul—"

Terkejut Danish takkala Lydia mengucup pipinya dengan lembut. Mata Danish sedikit membulat terkejut dengan tindakan spontan Lydia.

Tanpa mereka sedar ada empat sepasang mata melihat mereka disebalik pintu itu.

"Awak betul ke sayang nak tahan Danish tu dekat hospital awak tu balik? Awak dah confirm dah ke?" tanya Intan kepada Darwish dengan mata tidak lepas melihat ke arah Danish dan Lydia.

"Ye sayang. Keputusan saya muktamad."






꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂







Imran menarik tangan Nina.

"Ish! Apa?"

"Kau nak pergi mana?" soal Imran. Tangan masih setia mengenggam pergelengan tangan Nina.

"Pergi klinik la" balas Nina acuh tak acuh.

"Buat apa?"

"Test HIV."

Imran tergamam. Perlahan lahan dia meleraikan tangan Nina.

"Kenapa kau nak test HIV?"

Nina merengus kecil.

"Kau kan kahwin dengan aku? So aku nak pergi test lah."

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now