Bab 48 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.6K 59 18
                                    

Lydia merengus kasar. Jam di dinding dikerling sekilas. Baru 6:10 petang. Bosan yang ampun duduk di rumah. Danish sudah tentu la sibuk dengan kerja dia daripada lepas asar tadi terus hadap kerja dia. Yang Lydia pula tidak tahu nak buat apa.

Lydia mula bangun dari sisi katil. Telefon pada tangannya masih lagi digenggam erat.

"Sayang, saya turun bawah dulu eh?" pinta Lydia.

"Turun buat apa?" respon Danish tanpa memandang Lydia yang berada di belakang itu.

"Saya nak tengok tv.. bosan la duduk dalam bilik ni" kata Lydia sambil mencebikan bibirnya.

"Hm ye la."

Lydia mengukir senyuman lalu mengatur langkah keluar dari bilik. Tutup sahaja pintu itu, dia mula mengorak langkah ke arah tangga lalu menjejak kakinya pada anak tangga untuk turun.

Tiba di ruang tamu, dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Remote tv di ambil lalu membuka kaca tv tersebut.

"Cerita apa eh best waktu macam ni" omel Lydia dengan jarinya menekan nekan butang nombor pada remote tv itu.

Sedang Lydia mencari drama yang menarik perhatiannya, tiba tiba loceng rumah berbunyi. Kepala Lydia menjenguk jenguk ke arah tingkap tetapi tidak pula kelihatan jelas siapa gerangan tersebut. Dia mula bangun dari sofa lalu melangkah ke arah pintu. Pintu mula dibuka.

"Siapa pula—" tutur kata Lydia terhenti tatkala telefonnya berbunyi.

Lydia bergegas ke arah meja kaca sebelum objek itu diambil lalu slide ke kanan menandakan dia jawab panggilan itu.

"Hello siapa?"

"Pizza delivery.. akak ada order pizza kan?"

"Oh ye! Lupa! Okay okay kejap eh!"

"Okay."

Panggilan itu dimatikan oleh Lydia lalu bergegas semula keluar dari rumah. Selipar disahut dan berlari ke arah pintu pagar kecil. Pintu pagar kecil itu dibuka.

"Sorry sorry.. saya lupa pulak saya ada order pizza.. ha nah ni duitnya." Lydia menghulurkan sekeping duit bernilai rm100 kepada abang pizza itu.

"Lebih tu awak simpan la ye?" kata Lydia apabila dia melihat abang pizza mahu mencari baki duit dalam posh bagnya itu.

"Eh? Kenapa? Banyak sangat baki lebih ni kak." Mana tak terkejutnya. Total semua rm70.24. Masih lagi tersisa baki rm29.76. Semestinya abang pizza itu terkejut beruk la jawabnya.

"Tak apa.. ambil je.. apa la sangat baki tu untuk awak jauh jauh hantar pizza ni dekat rumah saya.. tak apa ambil je."

"Ya allah betul ke ni kak?"

"Ye betul~"

"Alhamdulillah rezeki saya hari ni.. terima kasih banyak banyak ye kak?"

"Ye sama sama.. bawak moto elok elok" pesan Lydia bersama senyuman ditayangkan buat abang pizza itu.

"Baik."

Selepas itu, abang pizza mula bergerak meninggalkan pangkaran rumah tersebut.

Lydia tersenyum sebelum dia melolos masuk ke dalam dan mengunci semula pintu pagar kecil itu.

Bungkusan pizza dinaikkan mendekati hidungnya untuk menghidu bau aroma pizza.

"Uuuu tak sabar nak makan!" Lydia mula membuka seliparnya dan melolos masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup lalu berjalan semula ke arah sofa. Bungkusan pizza diletakkan di atas meja kaca.

"Ambil air la kejap" gumam Lydia sebelum dia berlari kecil ke arah dapur.

Botol air bergas itu dikeluarkan dari peti sejuk lalu tuang ke dalam gelas. Botol air disimpan semula dan kembali ke ruang tamu sambil membawa gelas yang dituangkan air tadi.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now