Lydia membuka pili air lalu perlahan lahan dia membasuh ringkas pada tangannya itu. Pili air kembali ditutup. Dia memandang lama ke arah cermin dengan tangannya memegang sisi singki.
"Walau bagaimana sekali pun aku tak pernah anggap dia gila macam orang dekat hospital ni.. also aku tak pernah anggap dia sakit macam orang lain dekat hospital ni.. dia normal, dia tak gila, dia tak sakit, cuma aku je yang buat dia jadi macam tu balik.. yess sebab aku dia jadi macam tu balik" kata Lydia sendirian sebelum dia menundukkan kepalanya menahan dari mengeluarkan air mata.
Tetapi Lydia tidak kuat untuk menahan dirinya dari menangis. Tanpa dia sedar, dia telah pun mengeluarkan air matanya. Terhinjut hinjut bahu Lydia dibuatnya.
Di samping itu, dibenak fikirannya kembali terkenang dengan kata kata Darwish ketika dia berjumpa dengan Lydia sebentar tadi.
Lydia melangkah masuk ke dalam bilik Darwish bersama senyuman.
"Ha duduk la, Lydia" pelawa mesra Darwish.
Lydia melangkah ke arah meja sebelun kerusi berhadapan dengan Darwish dilabuhkan punggungnya.
"Ada apa abang Darwish nak bagitahu Lydia ni?" soal Lydia dengan wajah penuh ingin tahu.
Darwish menarik nafas mendalam sebelum dia menghembus nafas berat.
"Abang tahu perkara ni buatkan Lydia tak nak.. tapi.. abang terpaksa jugak.. Lydia nak ke tak nak ke.. abang tetap dengan keputusan abang" ujar Darwish tegas.
Lydia mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang dicakapkan oleh Darwish itu.
"To be honest, abang nak siapkan bilik khas untuk Danish dan Danish tetap kena ambil rawatan tu."
Wajah Lydia yang penuh blur tadi terus bertukar terkejut kecil. Bola matanya bergerak gerak melihat ke arah lain.
Bukan dia tak tahu yang akan rawat tu bukan la dirinya. Yang rawat Danish itu adalah doktor lelaki. Walaupun masih lagi dalam hospital yang sama tetapi Lydia tidak boleh menjenguk Danish sebarangan tanpa alasan mahupun urusan. Jadi disebabkan itu la Lydia tak setuju tentang hal ini.
"Abang bukan apa.. cuma ni untuk kebaikan Danish dengan Lydia jugak.. Lydia nak ke hidup sampai kena control dengan si Danish hanya atas alasan dia cemburu tengok Lydia dengan mana mana lelaki? Nak cemburu tu tak ada masalah.. biasa la kan lelaki mahupun perempuan.. mestilah ada sifat cemburu pada diri masing masing kepada orang yang tersayang.. tapi jangan la sampai melebih lebih sampaikan kena seksa ke apa bagai.. and Lydia pun tahu kan yang Danish tu ada penyakit Sindrom Othello?"
Lydia mengangguk perlahan tanda faham.
"Haa jadi sebab tu la abang nak rawat secepat yang mungkin.. jadi abang harap dengan hati terbuka Lydia setuju la okay?"
Lama Lydia mengalih pandangan ke arah lain. Terasa ingin mengeluarkan air mata sekarang ini, tapi ditahan.
"Lydia?"
Pantas bola mata Lydia bergerak memandang Darwish di hadapan.
"Y..ye?"
"Lydia setuju tak?"
Lydia memandang lama wajah Darwish. Dia menarik nafas yang mendalam lalu hembus.
"Setuju."
꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂
![](https://img.wattpad.com/cover/349258599-288-k974660.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...