Bab 33 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.5K 53 29
                                    

Lydia melolos terlebih dahulu masuk ke dalam rumah sambil bermain dengan telefon pintarnya. Bibir tidak berhenti dari senyum. Kelakar bila bermesej dengan Qayyum yang mengatakan bahawa Qayyum nak buat prank tinggal Afiq dekat hutan malam malam.

Haih..

Jahat betul si Qayyum ni.

"Erm, sayang.. saya naik atas mandi dulu eh? Nanti saya masak makan malam untuk awak okay?" ujar Lydia tapi matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefon. Dia mula menghayun langkah menuju ke arah tangga.

Naik sahaja tangga itu, Lydia masih lagi menatap skrin telefonnya. Bibir semakin lebar tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi rapinya.

Dan tidak sewenang wenangnya, perkara itu membuatkan diri Danish terasa geram yang amat. Dia mengenggam penumbuk sehingga keluar urat urat pada tangannya. Matanya tidak lepas mencerlung tajam ke arah Lydia. Kemudian itu, dia langsung melangkah ke arah dapur.

"Haih.. macam macam betul laa Qayyum ni" omel Lydia dan meletakkan telefon itu di atas katil. Ikatan rambut yang diikat tocang itu dilepaskan. Selepas itu, beg sandang di letakkan di atas meja solek. Dia menilit sekilas wajahnya pada cermin sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

"ARGH! Kenapa dia layan jantan tu mesra hah?!" jerit Danish yang sekarang berada di dapur. Kedua belah tangan menggengam kuat pada rambutnya.

Dinding yang tidak bersalah ditumbuk kuat. Sedikit pun dia tidak terasa sakit pada buku limanya meskipun tangan itu sudah pun mengeluarkan darah pekat.

Danish menunduk kepalanya ke bawah dengan kedua belah tangannya ditongkatkan pada dinding. Agenda mesra Lydia bersama dua budak lelaki tadi terngiang ngiang dalam ingatannya.

Danish menggeleng geleng kepala sebelum dia memusingkan badannya dan jatuh terduduk di atas lantai. Tangisan kecil mula bergema di dapur itu.

Sesungguhnya dia tidak boleh melihat Lydia sebegitu rupa. Oleh disebabkan, dia terlalu sayang akan gadis bernama Lydia Marissa itu tambahan pula dia tak sub dengan isteriya sampaikan dia tidak sanggup melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain. Kerana hanya dia sahaja berhak berbuat Lydia bahagia.

Hanya dia.

Hanya Danish Haziq.

Setelah siap membersihkan diri, Lydia keluar dari bilik mandi. Bilik pakaian tempat tujunya sebelum tangan membuka pintu almari. Baju tidur set berwarna hijau tua di ambil lalu memakainya.

Selepas itu, Lydia berjalan ke arah meja solek. Hair dryer di ambil dan mengeringkan rambutnya yang melebihi bahu itu. Setelah kering, dia mengambil sedikit bedak baby johnson dan menggosok lembut pada wajahnya. Lip balm diambil lalu mengoles sedikit pada bibirnya untuk menggelakkan kelihatan pucat atau kering.

Lydia menggerling jam ke arah dinding.

"Baru 6:15. Maghrib 7:25. Masak dulu la" gumam Lydia sebelum dia bangun dari duduk dan melangkah keluar dari bilik.

Tangga di turun dengan berhati hati dengan bibirnya tidak berhenti dari tersenyum. Dapur tempat tujuannya.

"Eh? Aku tak buka lampu eh?" omel Lydia sendirian sebelum tangannya naik membuka suis lampu dapur.

"Ohmakkau!" Terperanjat Lydia dibuatnya apabila dia melihat Danish menyembam wajahnya pada lutut di bahagian bucu dinding.

"Sayang? Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak pergi mandi lagi ni?" ujar Lydia sambil melangkah mendekati Danish. Dia duduk mencangkung di hadapan Danish.

"Sayang.. kenapa ni?"

"Awak okay tak ni?"

"Ke ada masalah?"

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now