Darwish melangkah mendekati pengawai polis yang sedang siasat di dalam bilik 54 itu.
"Macam mana tuan? Dapat kesan tak?" tanya Darwish yang ingin tahu.
"Saya rasa mangsa ni disyaki bunuh diri."
"Bunuh diri?"
"Ye. Sebab ada kesan toreh pada tangan kiri dia.. then tangan kanan dia pegang pisau lipat.. tapi.."
"Tapi apa tuan?"
"Boleh saya tahu bilik ni berguna ke tak? Saya tengok macam tak diguna.. sebab saya tengok dekat cctv tu atas sana tu pecah"
"Ha? Pecah?" Darwish mendongak kepala memandang ke arah atas hujung dinding.
"Eh? Saya rasa bilik ni baru je saya tukar cctv baru.. sebab minggu lepas ada pesakit yang pecahkan cctv.. jadi lepas je dia keluar dari bilik ni minggu lepas saya tukar yang lain.. macam mana pulak boleh pecah?" ujar Darwish dengan pelik.
"Jadi kalau macam tu kita tak boleh siasat apa apa lah sebab apa yang dapat tengok dengan mata kasar saya yang mangsa ni bunuh diri."
Darwish mengeluh kecil. Cctv di atas itu tidak lepas dipandang. Dia yakin yang dia baru sahaja tukar cctv baru selepas pesakit bilik nombor 54 ni pecahkan. Tapi.. macam mana boleh pecah balik?
Fikir punya fikir tiba tiba nama Darwish dipanggil dari arah belakang.
Darwish menoleh.
"Kejap tuan.. saya nak pergi sana kejap" pinta Darwish.
"Baik la."
Darwish mengangguk kecil sebelum dia berlalu pergi dan melangkah ke arah Afiq.
"Doktor.."
"Ye?"
"Boleh Afiq jumpa dengan doktor kejap?"
Darwish memandang lama wajah resah Afiq sebelum dia mengangguk setuju.
"Boleh. Mari masuk bilik saya." Darwish berjalan terlebih dahulu menuju ke bilik.
Afiq menarik nafas dan hembus perlahan. Kakinya mula melangkah mengikuti jejak Darwish.
Sampai di bilik Darwish. Mereka melabuhkan punggung serentak.
"Kenapa Afiq nak jumpa dengan saya?"
Afiq mengemam bibir. Sekali lagi dia menarik nafas dan hembus secara perlahan.
"Sebenarnya, yang bunuh doktor Syaza ialah pesakit Danish."
Dariwsh terkedu. Wajah Afiq dipandang penuh tidak percaya.
"Ha?"
"Iye doktor.. saya la orang yang terpaksa bersubahat dengan Danish.. dia cakaap kalau saya tak tolong dia.. dia akan bunuh saya" kata Afiq takut. Masih ingat lagi dimana dia diugut oleh Danish ketika dia mahu menghantar ubat kepada Danish pada waktu petang semalam.
Afiq melolos masuk ke dalam bilik Danish. Dulang berisi ubat diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil.
"Encik, ni ubat ye? Yang botol ni.. encik kena habiskan sebelum tidur dan yang ni encik ken—"
"Kau Afiq kan?"
"H..haah. Kenapa ye, encik?"
"Kau kenal Syaza?"
"Syaza?"
Danish mengangguk kecil.
"Oh! Doktor dari hospital mental Perak tu ke?"
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...