"Lydia, makan la.. dah 3 hari Lydia tak makan.. makan la sikit eh?" pujuk Intan sambil menghulurkan sudu yang berisi nasi goreng itu kepada Lydia.
Lydia menggeleng kepala. Dia menyembam wajahnya pada lutut. Masih lagi bersedih dimana 3 hari sudah dia tidak ketemu dengan buah hati kesayangannya.
Sebenarnya Intan pun tidak menyangka bahawa Danish telah membunuh salah seorang doktor dihospital mental itu apabila suaminya Darwish menceritakan semua apa yang telah terjadi di hospital kepadanya ketika itu.
Intan pun turut terkejut apa yang disampaikan oleh suaminya dimana Danish ini kena bertukar dari bilik mental biasa kepada bilik mental pembunuh.
Akan tetapi Intan merisaukan kesihatan Lydia yang sudah 3 hari tak nak makan dan minum semenjak Darwish membawa dia pulang ke rumah.
Kekadang Intan juga sedih melihat Lydia yang tidak berhenti henti menyebut nama suaminya setiap saat atau lebih tepat setiap hari.
"Lydia, makan la sikit eh? Sikit je."
Sekali lagi Lydia menggeleng kepala.
"Lydia tak nak la akak Intan.. Lydia tak ada selera" jawab Lydia lalu dia menolak perlahan tangan Intan itu.
Intan merengus perlahan.
"Sampai bila Lydia nak macam ni? Kalau Lydia tak nak makan Lydia akan jatuh sakit" ujar Intan dengan mata tidak lepas melihat Lydia.
"Sampai Lydia dapat tengok suami Lydia balik."
Intan terdiam. Tidak tahu lagi mahu bicara apa.
"Sayang!" Panggil Darwish perlahan yang berada di permukaan pintu bilik itu.
Intan menoleh. Terlihat Darwish melambai tangannya tanda menyuruh Intan datang ke arahnya.
Intan meletakkan pinggan nasi itu di atas meja lampu.
"Kejap ye Lydia." Intan terus melangkah ke arah Darwish.
"Ye?"
"Makan tak?"
Intan menggeleng kepala.
"Tak sayang. Katanya selagi dia tak tengok suami dia.. selagi tu la dia tak nak makan" tutur Intan.
Darwish mengeluh.
"Aduhh.. parah ni.."
"Okay! Kalau macam tu awak bagitahu dia yang saya akan bawak dia jumpa dengan Danish hari ni."
Intan memandang Darwish dengan kening terangkat sebelah.
"Seriously?"
"Yes! I'm serious."
"Awak tak main main?"
"Tak."
"Betul?"
"Ye Intan payungku sayang~"
Intan tergelak kecil.
"Okay. Saya bagitahu dia sekarang."
"Alright! Saya nak pergi siap jap!"
"Okay." Intan langsung memusingkan badannya dan kembali melangkah ke arah Lydia. Dia kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil itu.
"Lydia."
"Hm..?"
"Lydia nak jumpa dengan Danish tak?"
Terus kepala Lydia memandang wajah Intan.
"Mestilah nak kak!"
"Okay, kalau macam tu habiskan nasi ni dulu.. lepas tu pergi siap! Okay?"
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Storie d'amore5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...