"K..kau buat apa kat sini?"
Camelia berlari mendekati Suzan.
"Kenapa kau paksa dia macam tu sekali, Su?" tanya Camelia dengan lembut.
"Kenapa? Kau kesian dekat dia? Aku buat macam ni sebab nak kasi dia tu jadi bapak kepada budak dalam perut kau tu!"
Camelia menggeleng kepalanya berkali kali.
"Su! Tak ada guna kau paksa dia khawin dengan aku.. sebab apa? Sebab kita tak tahu kalau lepas khawin nanti dia dera aku ke apa? Su.. kalau macam ni laa gayanya.. aku rela beranak tanpa suami la, Su.. aku tak kisah kalau anak aku tak ada bapak.. kalau ada bapak sekali pun.. kalau perangai macam iblis.. sengsara, Su" kata Camelia. Matanya sayu memandang Suzan.
Suzan terdiam. Ada betul jugak kata Camelia itu.
"Aku rela cari lelaki lain daripada aku khawin dengan dia ni.. tapi kau jangan risau laa.. aku takkan paksa Imran."
Suzan memandang Camelia lama lalu matanya beralih ke arah Shah.
"Kau bernasib baik.. ada betul jugak kata Camelia tu.. tak ada gunanya khawin dengan manusia yang sama perangai dengan setan! Tapi kau jangan ingat aku nak lepaskan kau.. aku takkan lepaskan kau.. aku nak bagi kau sengsara.."
"Lex, Kimie.. kau bawak dia masuk bilik yang aku dah siapkan tu dulu.. aku nak bercakap dengan kawan aku jap" arah Suzan.
Dua lelaki itu mengangguk menanda dia menerima arahan yang telah diarahkan oleh Suzan. Dia mula mengheret Shah ke arah bilik yang telah dinyatakan.
"Su, aku tahu laa kau nak suruh budak ni ada bapak.. tapi bukan macam ni cara dia kau paksa Shah khawin dengan aku.. macam aku cakap tadi Su.. aku rela cari lelaki lain daripada aku khawin dengan dia.. aku takkan bahagia"
"Kalau itu la kau yang kau cakap kan.. baiklahh aku takkan paksa dia khawin dengan kau.. tapi izin aku buat sesuatu boleh tak?"
Camelia mengerutkan dahi.
"Apa dia?"
"Jom.. seksa Shah?"
Camelia tergamam. Matanya berkedip kedip memandang Suzan.
"Ta..tapi Su.."
"Alaaaa tak apa lahh.. kita seksa sikit sikit je.. lepaskan geram.. ye laa dia kan dah seksa kau sampaikan kau mengandung jadi.. apa kata.. kita.." Sengaja Suzan memperlambatkan percakapannya. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman sinis.
"Kita apa?" Kening Camelia dijongket sebelah.
Suzan mendekati wajahnya pada telinga Camelia. Dia membisik.
"Kau biar betul?" Camelia membulat mata.
"Yee betul.. bukan selalu"
"Takkan la kau nak bunuh dia, Su?"
"Sekali ni je.. kita seksa dulu lepas tu bunuh laa.. pastu tanam je belakang gudang ni" cadang Suzan. Wajahnya sedikit tiada rasa serba salah. Kalau dah dendam tu, memang apa pun dah tak terfikir.
"Deal or not?" Suzan menghulurkan tangannya ke arah Camelia.
Camelia memandang lama huluan tangan Suzan. Kemudian itu, bibirnya perlahan lahan mengukir senyuman senget lalu berjambak tangan dengan Suzan.
"Deal."
Semakin lebar senyuman Suzan. Bahu Camelia dirangkul.
"Let's go bestie~"
꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂
Nina berjalan ke arah luar balkoni bilik. Sisi pagar itu dipegang. Fikirannya sejak dari tadi lagi bercelaru tentang gambar yang berada di bilik Imran.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...