Bab 45 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.6K 53 27
                                    

Sebaik sahaja Lydia melolos masuk ke rumahnya sambil mendepa tangan, dia menghela nafas lega. Badannya dipusingkan ke belakang.

"Selamat pulang ke rumah kita sayang~" Suara teruja Lydia menyerang digendang telinga Danish. Danish hanya mengukir senyuman tipis sahaja tanda respon.

"Awak mesti penat kan? Duduk la dulu.. saya buat kan awak air okay?" tutur Lydia seraya mengambil beg pakaian pada bahu Danish itu dan diletakkan di atas single sofa.

Danish mengangguk sambil tersenyum.

Dengan itu, Lydia mula melangkah ke arah dapur dengan berwajah ceria. Betapa senang dan bahagiannya hari ni tatkala kehidupannya kembali sedia kala.

Danish menyandarkan tubuhnya sambil mendongak kepala memandang atas. Terasa selesa pula duduk rumah sendiri berbanding di hospital sana.

"Nah." Lydia menghulurkan mug beisikan air kopi kegemaran Danish itu kepada Danish. Dalam masa yang sama dia juga melabuhkan punggungnya di sebelah Danish.

Danish menyambut penuh berhati hati lalu dihirup sedikit. Mug diletakkan di atas meja.

"Sayang." Lydia mula memanggil.

"Hm?"

"Kita mulakan hidup baru eh?"

Danish memandang ke arah Lydia.

"Mulakan hidup baru? Maksud kau?"

Lydia tersenyum. Dirapatkan badannya ke arah Danish. Tangan naik memeluk badan Danish. Kepala dijatuhkan di bahu suaminya.

"Mulakan hidup baru la.. maksudnya saya nak lupakan semua yang sebelum awak masuk hospital dan dekat hospital tu.. saya nak lupa semuanya."

"Kau nak lupakan semua?"

"Haah."

Danish mengukir senyuman. Tetapi senyumannya itu penuh dengan makna.

"Aku ada cara lain macam mana nak bagi kau lupa semua tentang aku yang dulu" ujar Danish.

Lydia mendongak kepala memandang Danish.

"Apa dia?"

"Aku dah lama senannya nak ada anak.. sebab aku sunyi kalau budak kecil tak ada dalam rumah ni.. dulu kan ada Laura? Sekarang Laura dah tak ada dah" kata Danish tiba tiba.

"Habis tu? Awak nak ambil anak angkat ke?"

"Apa pulak anak angkat? Kau kan ada?"

"Ha? Dah kenapa pulak dengan saya? Saya bukan budak kecil la sayang" jawab Lydia dengan dahi berkerut itu. Masih lagi tidak dapat tangkap dengan kata kata Danish itu.

"Haih.. lembab jugak isteri aku ni" kata Danish perlahan.

"Bukan sayang.."

"Habis tu? Apa dia?"

"Aku nak kau la yang beranak sendiri.. dah kenapa fikir sampai nak ambil anak angkat pulak? Kau tak mandul pun sayang."

"Okayy.. so?"

"So.. kalau nak ada anak kena la bua—"

Pantas Lydia menekup mulut Danish tatkala dia sudah dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu.

Lydia menggeleng kepala berkali kali.

"I am not ready yet, sayang."

Danish menjatuhkan tangan Lydia dari terus menekup mulutnya.

"You think i care?"

"Sayang please.. saya nak spend time berdua dengan awak je dulu, sayang.." rengek Lydia sambil mencebik bibir.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now