Bab 11 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.8K 60 24
                                    

Nina menggerling sekilas jam ditangan. 11:45 pagi.

"Rasanya dia dah masuk kot.. hmm tengok la dulu." Nina meletakkan pen itu di atas meja. Fail pesakit ditutup. Fail yang diberikan oleh doktor Darwish pagi tadi di ambil lalu bergerak ke bilik Imran.

Keluar sahaja di biliknya itu, dia lantas mengatur langkah ke arah bilik Imran.

"Eee kalau ikut kan aku.. memang aku tak nak hantar fail ni dekat dia tau! Ergh! Menyusahkan betul lah!" bebel Nina sepanjang berjalan itu. Apabila sampai dihadapan pintu bilik Imran tangannya mula mengetuk.

"Masuk!"

"Ada pun." Nina berkata perlahan. Pintu itu mula dibuka lalu melangkah masuk ke dalam bilik Imran. Pintu di tutup semula.

"Ye ada apa Nina?"

"Ni doktor Darwish bagi fail pesakit ni dekat awak" balas Nina sambil menghulurkan fail pesakit itu kepada Imran. Imran menyambutnya.

"Ouhh pesakit untuk jaga hari ni ke?"

"Ye la kot"

"Hmm ye la.. kalau macam tu tak apa la.. terima kasih tolong hantarkan" ucap Imran dengan senyuman.

Nina balas senyuman itu sebelum dia memusingkan badannya akan tetapi matanya tiba tiba terhenti pada sebuah frame yang sedikit sederhana. Dia mengecilkan mata untuk melihat siapa dalam gambar tersebut. Dengan itu, matanya membulat luas serta mulut terlompong luas.

Imran yang sedang menandakan sesuatu pada kertas itu terhenti apabila dia perasan Nina belum keluar lagi dari biliknya.

"Nina?"

Nina kembali alam realiti. Dia memusingkan kepalanya perlahan lahan.

"Y..ye?"

"Kenapa tak keluar lagi? Ada apa apa lagi ke?"

"Err.. ta..tak ada dah.. saya pergi dulu." Laju Nina mengatur langkah menuju ke arah pintu dan keluar dari bilik Imran. Setelah pintu itu di tutup dia kembali seperti tadi.

"Se..serius la?" Nina menelan air liurnya sukar. Tidak percaya apa yang dilihat sebentar tadi.

"Gila. Takkan la sampai tahap tu sekali weh dia buat frame gambar akak Lydia" kata Nina lagi. Nafasnya sekarang tidak teratur. Malas nak fikir panjang lagi dia pantas berlari ke arah biliknya.






     ꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂







Waktu persekolahan Laura sudah pun tamat. Dia berlari ke arah tempat menunggu bas. Memang tempat tu sarang dia bila tunggu kehadiran orang tua menjemputnya. Sudah berapa kali Danish dan Lydia pesan jangan tunggu dekat bus stop ni. Tapi degil jugak nak tunggu sini. Haihh..

Mata Laura meliar liar mencari kelibat ayahnya. Tapi hampa masih lagi belum sampai. Dia mencebik bibir dan melangkah ke arah kerusi besi itu lalu melompat sedikit untuk duduk di atas kerusi besi.

Sedang Laura mengayung ayung kakinya itu tiba tiba seorang wanita menyapanya.

"Laura?"

Laura mendongak memandang ke arah suara memanggil namanya.

"Eh? Mama Intan? Mama Intan buat apa dekat sini?" tanya Laura cuak.

"Mama Intan nak ambil Laura balik laa" jawab Intan dengan ketawa kecil. Kelakar melihat wajah Laura yang cuak itu.

"Eh? Bukan ke daddy dengan mommy tak kerja?" tanya Laura dengan kening terangkat sebelah.

Intan mengerutkan dahi. Tak kerja?

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now