Bab 12 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.5K 52 15
                                    

Setelah siap membersihkan diri dan mengenakan baju biasa, Iffat mula turun ke bawah. Kedengaran suara Dhania yang sedang bermain anak patungnya sahaja sambil bercakap keseorangan. Matanya beralih ke arah Laura yang elok duduk di atas sofa.

Terlihat gadis kecil itu sedang termenung jauh. Matanya lurus memandang ke arah kaca tv. Bahkan kaca tv pun tidak berfungsi. Dia berjalan menuju ke arah Laura. Bahu Laura ditepuk perlahan.

"Jauhnya Laura termenung" tegur Iffat yang sudah melabuhkan puggungnya disebelah Laura.

Laura kembali ke alam realiti.

"Eh? Abang Iffat.." Laura tersengih.

"Kenapa termenung ni? Tak pernah pernah abang Iffat tengok Laura termenung macam ni sekali.. selalunya main dengan Dhania" ujar Iffat sambil memandang sisi wajah Laura.

Laura mencebik.

"Entah la abang Iffat.. Laura pun macam tak ada mood pulak hari ni" jawab Laura.

"Laa kenapa pulak tak ada mood? Laura okay tak?" tanya Iffat yang seakan bimbang terhadap Laura.

Laura memandang Iffat sekilas dan kembali memandang ke arah kaca tv.

"Ada satu malam tu.. Laura pun tak ingat malam hari tu ke.. ataupun malam semalam.." kata Laura. Fikirannya tengah mengingati tentang kejadian bunyi bising di dalam bilik ibu dan bapanya.

"Kenapa dengan malam tu?" tanya Iffat yang ingin tahu.

"Laura tak tahu laa sama ada Laura percaya ke tak dekat mommy malam tu.. sebab malam tu.. Laura tengah buat kerja sekolah.. lepas tu bunyi benda kuat dekat bilik mommy dengan daddy.. lepas tu Laura pergi la dekat bilik mommy dengan daddy tu nak tahu apa benda bunyi kuatnya tu.. lepas tu mommy pun jerit cakap ada lipas.. Laura pun okay kan je la tapi bila Laura masuk bilik.. Laura termenung kejap" jelas Laura panjang lebar.

Iffat disebelahnya itu hanya tekun sahaja mendengar cerita dari Laura sambil kepalanya mengangguk angguk tanda faham.

"Setahu Laura mommy tak takut lipas" sambung Laura.

"Mommy Laura tak takut lipas? Biar betul?" pintas Iffat tidak percaya. Wahh! Jarang ada perempuan yang tak takut lipas ni.

"Betul abang Iffat.. sebab Laura ingat lagi time mommy tak kerja.. ada lipas datang dekat kaki mommy lepas tu mommy tengok macam tu je.. lepas tu dia pegang sesungut lipas tu.. pastu dia buang gitu je" kata Laura. Masih segar peristiwa di mana ibunya memegang lipas seperti itu. Eee! Aku pulak yang geli!!

"Woahh! Hebatnyaa mommy Laura! Kalau mama Iffat tu hmm habis pecah segala benda kaca bila dia jerit" kutuk Iffat kepada ibunya.

Laura tertawa kecil lalu perlahan lahan dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Kejadian semalam kembali menyerang dibenak fikirannya.





     ꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂





"Macam mana? Kau dapat kesan tak jejak dia?"

"Dapat boss.. sekarang ni dia tengah berfoya foya dengan perempuan mana tahh"

"Bagus. Jangan sampai hilang jejak dia.. nanti malam kau bawak dia ke gudang terbelangkai tu.. aku tunggu dekat sana"

"Baik boss.. sekarang ni pun dia macam tengah masuk kawasan hotel.. check in la tuu"

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now