Bab 50 {AKHIR} - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.9K 58 50
                                    

Sedar tak sedar 3 tahun sudah pun berlalu. Lydia semakin ceria dan gembira apabila dia disahkan mengandung pada pertengahan tahun pada tahun lepas dan kini kandungannya telah pun mencecah 9 bulan. Tunggu masa nak beranak je.

Danish pula kehidupannya semakin baik. Penyakit Sindrom Othello pada dirinya sudah pun tiada lagi. Tetapi cemburu sebagai manusia biasa masih tetap ada tapi tidak la seperti dahulu cemburu butanya itu.

Pernah sekali Lydia berborak mesra dengan seorang lelaki di luar hospital Darwish dan perkara itu dilihat jelas dari sepasang mata kasar seketul Danish dalam kereta. Akan tetapi dia hanya beriak biasa sahaja tiada rasa nak mengamuk mahupun cederakan Lydia malah dia hanya bertanya terlebih dahulu.

Apabila dia mendengar penjelasan dari Lydia jadi dia hanya sekadar mengangguk sahaja kerana dia tahu Lydia hanya mencintai dirinya sahaja bukanlah orang lain. Dan juga dia pun tahu Lydia tidak akan mengkhianati dirinya. Kesimpulannya, dia sudah meletakkan 100% kepercayaan pada Lydia oleh kerana Lydia bukanlah seorang yang pandai menipu.

Tetapi...

Panggilan AKU KAU masih tetap sama seperti dulu. Katanya Danish tidak biasa lagi panggil SAYA AWAK kononnya SAYA AWAK tu hanya untuk lelaki soft spoken sahaja. Tapi dia sedar dirinya juga soft spoken.

Jadi Lydia hanya sekadar tidak kisah. Lagipun dia suka apabila Danish berpanggilan AKU KAU dengan dirinya. Benda dah terbiasa bertahun tahun, jadi kalau nak tukarkan itu mungkin agak sukar sedikit. Bukan setakat sukar bahkan seperti kedengaran pelik sahaja tatkala Danish panggil dirinya SAYA AWAK.

Adehh lantak ko la Lydia Danish, janji bahagia.

"Sayang!"

Danish yang sedang menbetulkan rambut pada cermin itu lantas berpaling ke arah Lydia yang sudah pun bangun dari baring di atas katil.

"Kenapa sayang?! Kau dah nak terberanak dah ke?" soal Danish gelabah. Langkahnya besar sahaja mendekati Lydia. Sisi katil dilabuhkan punggungnya kasar. Bahu Lydia dipegang.

"Tak.."

"Habis tu? Yang kau jerit kenapa?"

"Saya mimpi.."

"Mimpi? Mimpi apa?"

"Saya mimpi awak tinggalkan saya.."

Danish berwajah risau tadi terus menghela nafas berat. Wajah kembali seperti biasa.

"Itu la kau.. semalam aku suruh kau cuci kaki kan? Asal degil?"

Lydia mencebik bibir. Rambut yang serabai itu dibetulkan oleh Danish.

"Dah.. tak payah nak cebik bibir macam tu.. pergi mandi siap apa semua" arah Danish seraya mahu bangun dari duduk di sisi katil itu.

Dengan pantas Lydia menyambar pergelengan tangan Danish. Kepala didongak ke atas memandangkan Danish berdiri manakala dia masih setia duduk di atas katil.

"Bersiap nak pergi mana?" soal Lydia sedikit bingung.

Danish merengus kecil.

"Tak ingat la tu."

"Ha?"

"Hari ni kan perkahwinan kawan kau, Dayana tu?"

Mulut Lydia terlompong kecil. Baru dia teringat hari ni adalah hari bahagia kawan baiknya.

"Kenapa awak tak kejutkan saya awal sayang? Kan saya dah bagitahu awak suruh kejutkan saya?" rengek Lydia. Kaki dijatuhkan pada lantai lalu bangun berjalan ke arah terletaknya kain tuala.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now