Bab 31 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.3K 47 23
                                    

Waktu makan tengah hari sudah pun tiba. Lydia bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari bilik. Tidak lupa pesanan Darwish pada pagi tadi.

Lydia mula mengorak langkah menuju ke bilik Darwish. Tidak jauh mana pun hanya kiraan 10 langkah sahaja sudah pun sampai.

Buku lima naik mengetuk pintu bilik Darwish.

"Masuk!"

Dapat sahaja kebenaran dari tuan punya bilik langsung Lydia menolak pintu. Dia melangkah masuk dan kembali menutup pintu. Terlihat ada dua budak lelaki lingkungan dalam 20 tahun ke atas sedang duduk di hadapan Darwish.

Lydai mula berjalan mendekati meja Darwish.

"Ye doktor? Ada apa nak jumpa saya?" soal Lydia dengan lembut.

"Oh ya! Kenalkan budak praktikal baru kita." Darwish menunjuk tangan ke arah dua budak lelaki itu.

Lydia menggerling sebelah.

"Kenalkan diri korang" arah Darwish.

Qayyum dan Afiq bangun dari kerusi serentak.

"Saya Muhamm— Eh? Kak Lydia?"

"Qayyum?"

Qayyum mengangguk.

"Afiq?"

Afiq juga turut mengangguk.

"Lahh korang rupanya budak praktikal tu?" kata Lydia tidak percaya. Senyumannya lebar sahaja.

Darwish yang duduk di kerusi itu memandang mereka bersilih ganti.

"Lydia kenal ke diorang ni?" soal Darwish ingin tahu.

"Kenal sangat, doktor. Diorang junior Lydia masa dekat U dulu" jawab Lydia.

Darwish mengangguk angguk.

"So, kalau macam tu senang la kerja saya.. jadi Qayyum dan Afiq kalau nak rujuk apa apa boleh rujuk kak Lydia korang ye?"

"Baik doktor" balas Qayyum dan Afiq bersama senyuman.

"Kalau macam tu jom la masuk bilik akak.. akak terangkan pasal pesakit dekat sana boleh?"

"Eh boleh!"

"Alright jom!"

"Aban— Eh doktor saya minta diri dulu ye?" pinta Lydia. Tersasul pulak nak panggil abang.

"Ha ye laa."

Lydia mula memusingkan badannya dan melangkah keluar dari bilik Darwish. Dituruti Qayyum dan Afiq di belakangnya.

Tutup sahaja pintu itu, Qayyum dan Afiq terus melangkah besar mendekati Lydia. Sekarang mereka berjalan seiringan. Qayym sebelah kanan, Afiq sebelah kiri.

"Lama betul ek tak jumpa dengan kak Lydia?" Qayyum bersuara.

"Itu laa. Last tengok kak Lydia time graduate dekat U.. lepas tu tak jumpa dah" sokong Afiq yang berada di sebelah kiri Lydia itu.

Jangan pelik kenapa diorang rapat sangat dengan Lydia. Kerana ketika di U dahulu Lydia memang sangat rapat dengan dua ketul budak ni. Boleh dikatakan macam adik beradik. Pergi mana mana je mesti trio tidak pernah solo atau duo. Jadi disebabkan Lydia sudah habis belajar di U terlebih dahulu, mereka terpaksa berpisah untuk masa hadapan mereka. Tidak kepada Qayyum dan Afiq. Mereka masih setia bersama dari zaman U hingga kini.

"Rezeki la tu dapat jumpa balik dengan akak" respon Lydia sebelum tangan menolak pintu biliknya yang tidak seberapa rapat itu.

"Wahh cantik betul bilik akak?" puji Afiq dengan matanya meliar liar melihat bilik Lydia yang banyak perhiasan itu.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now