Bab 34 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.5K 48 28
                                    

Intan membuka pintu kereta belakang.

"Auww~ sayang tengok tu diorang.. comel jee" kata Intan sambil menarik lengan suaminya.

"Ya ampun.. comel sangat ni." Darwish ketawa geli hati.

Mana tak geli hatinya kalau dah tengok Dhania meletakkan kepalanya di atas peha Iffat manakala Iffat memeluk pinggang Dhania.

"Lena sangat diorang tidur" ujar Intan dengan mata masih lagi tertumpu pada anak anaknya.

"Itu la.. tak apa meh saya dukung Iffat" pelawa Darwish seraya mahu memegang Iffat malah dihalang oleh Intan.

"Eh tak payah! Biar saya uruskan.. awak pergi masuk dalam.. saya tengok kemain sunyi je rumah diorang ni.. tengok kereta ada je" kata Intan kepada Darwish.

Darwish menoleh ke arah rumah Danish. Betul kata Intan sunyi semacam tapi kereta elok je ada dekat garaf tu.

"Betul ni tak nak saya tolong?"

"Iya sayang.. lagipun saya nak kemaskan sikit bahagian belakang ni" jawab Intan lembut.

"Okay." Darwish mula melangkah tetapi dihenti sekilas.

"Betul ni?"

"Eish! Ada jugak aku cepuk kepala ni kang !" amarah Intan. Tangannya naik seakan mahu memukul Darwish.

Darwish melarikan diri sambil ketawa. Best pulak usik Intan.

Tiba sahaja dipintu rumah Danish, dia cuba untuk buka.

"Eh? Tak kunci pintu?" Darwish mula menolak pintu itu dan melolos masuk.

"Ada orang tak ni?" gumam Darwish sambil melihat sekeliling rumah adiknya itu.

"Mungkin dekat atas kot..." andaian Darwish. Kakinya melangkah ke arah tangga.

"Hmm confirm duduk dekat atas.. tengok dari atas cahaya elok je tu." Kaki Darwish naik mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

Sampai sahaja di tingkat atas itu. Darwish memandang ke setiap bilik dan matanya terhenti pada bilik yang terbuka luas.

"Mak aihh.. kemain luas buka pintu.. tahu la rumah ni kau dengan Lydia je ada tapi tak payah la sampai buka luas macam ni" omel Darwish sendirian dengan langkahnya setia menuju ke arah bilik Danish.

"Lantak la dia nak marah aku ke apa.. siapa suruh buka pintu luas sangat"

Dan perlahan lahan Darwish melangkah masuk dalam bilik Danish.

"Eh? Tak ada?" kata Darwish pelik. Tiba tiba matanya tertumpu pada bilik air. Kedengaran suara samar samar dari arah bilik air tersebut.

Darwish mengerutkan dahi sebelum dia terasa dirinya ingin melangkah ke arah bilik air.

Darwish yang mahu membuka mulut itu terjeda apabila dia melihat sekujur tubuh Lydia terbaring di atas lantai.

"Danish! Kau buat apa ni?!"

Pantas Danish memandang ke arah gerangan suara lantang yang menjerit namanya itu.

"Ba..bang?"

"Kau pahal buat Lydia macam ni hah?!" amarah lantang Darwish yang sudah melangkah besar ke arah Lydia itu.

"Bang, kau nak bawak dia pergi mana?" soal Danish takkala dia melihat Darwish mengangkat badan Lydia bergaya bridal style menuju ke arah pintu keluar bilik air.

Darwish hanya menghiraukan sahaja dan segera melangkah keluar dari bilik air itu.

Danish yang melihat kelibat Darwish yang sudah pun menghilang dari pandangannya itu perlahan lahan dia memandang ke arah dinding.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now