Bab 02 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

2.6K 72 31
                                    

Tiba masanya sesi memujuk si Laura. Danish berdiri sahaja di luar bilik Laura. Memikirkan macam mana nak masuk bilik anak perempuan manjanya itu.

"Eh? Sayang? Tak masuk lagi?" seloroh Lydia. Dia baru sahaja jejak kaki untuk menuju ke bilik setelah siap mengemas di dapur selepas makan malam. Dia berjalam mendekati Danish.

Kalau nak tahu Laura sanggup tak turun makan hanya disebabkan masih lagi merajuk dengan ayah dia. Sudah berapa kali Lydia mengetuk bilik gadis kecil itu malah tiada sahutan.

"Masuk la" arah Lydia sambil menolak kecil pada lengan Danish.

Danish memandang Lydia sekilas lalu menarik nafas dan hembus secara perlahan.

"Laura.. ni daddy.. tolong buka pintu sayang." Danish mula mengetuk pintu.

"Tolong buka sayang.. ye daddy tahu salah daddy sebab ambil Laura lambat.. tapi daddy tak sengaja sayang.. tolong la buka pintu untuk daddy sayang" tutur Danish dengan suara lembutnya.

Lydia yang berada disebelah itu hanya memasang telinga sahaja. Bibir pula sudah mengukir senyuman. Sweet pulak suami aku ni.

Masih lagi tiada tanda tanda pintu mahu dibuka oleh Laura.

"Sayang daddy.. tolong la buka pintu ni" pujuk Danish lagi.

Secara tidak langsung, pintu itu dibuka lalu terserlah lah wajah kemurungan Laura dengan bibirnya tidak sama sekali mengukir senyuman.

Danish tersenyum tipis sebelum dia mencangkung dihadapan Laura. Kepala Laura dibelai lembut.

"Maafkan daddy ye sayang? Daddy janji lepas ni kalau daddy ada meeting ke apa daddy pergi je ambil Laura okay sayang?"

"Janji.." Laura mengangkat jari kelingkingnya.

"Yee.. daddy janji" Danish mula menyatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Laura. Dengan itu, terus badan tegap Danish dipeluk erat oleh Laura.

"Dah. Jom makan.. mommy dah simpan dah lauk untuk Laura makan.. daddy temankan okay?" pelawa diri Danish.

"Okay daddy" respon Laura. Kini wajahnya kembali ceria seperti sedia kala.

Danis tersenyum sebelum dia bangun dari cangkung dan memimpin tangan kecil Laura.

"Sayang, nak ikut sekali?" soal Danish kepada Lydia dengan kening dijongket sebelah.

Lydia geleng kepala.

"Tak apa la.. awak temankan la Laura makan.. saya nak siapkan sikit fail pasal pesakit saya kejap" balas Lydia lembut.

"Okay." Danish mula mengatur langkah dan turun tangga.

Lydia hanya tersenyum sahaja melihat pemergian Danish dan Laura ke dapur lalu dia mula melangkah masuk ke dalam biliknya.

Labuh sahaja punggungnya di atas kerusi. Fail di dalam begnya diambil. Dia mula menyemak fail tentang pesakitnya.

Sedang dia menyemak itu, tiba tiba telefonnya berdering. Dia menoleh sekilas ke tepi melihat siapa gerangan yang memanggilnya itu.

'Abang Darwish'

"Eh? Dah kenapa call?" Jari Lydia mula slide ke kanan menanda dia jawab panggilan dari abang iparnya itu.

"Assalamualaikum, ye abang Darwish?"

"Waalaikummussalam, Lydia"

"Ye abang? Kenapa call Lydia ni?"

"Tak abang cuma nak tanya.. fail pesakit yang nak keluar esok tu ada dengan Lydia ke?"

"Haah. Ada ni abang.. kenapa?"

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now