Bab 21 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.6K 59 21
                                    

Jarum jam telah menunjukkan pada pukul 5:35 petang. Lydia melolos keluar dari biliknya setelah memastikan suis lampu dan penghawa dingin ditutup. Dia mengunci pintu dengan kemas sebelum melangkah ke bilik punchcard.

Tiba sahaja di bilik punchcard itu, kaki Lydia mula melangkah masuk. Kadnya di ambil lalu punchcard. Setelah selesai dia kembali melangkah keluar dari bilik tersebut.

Lydia membelek belek dalam beg sandangnya untuk mencari telefon. Kakinya masih setia berjalan keluar ke arah pintu hospital.

Entah bagaimana Lydia berjalan sehingga kakinya boleh tergelincir dan akhirnya badannya mula tidak seimbang dan mula mahu terjatuh pada lantai bahkan tetapi dia tidak merasa badannya tercium lantai.

Lydia yang tertutup mata itu perlahan lahan dibuka.

"I..imran?"

Mata Lydia tidak berkelip memandang Imran yang telah menyambut badannya dari terus terjatuh di atas lantai. Mata Imran hanya merenung sahaja wajah polos sempurna Lydia bersertakan secalit senyuman ditayangkan.

Manakala Lydia memegang lengan Imran agar badannya tidak jatuh di atas lantai.

Akan tetapi agenda yang menjolok mata itu dilihat jelas dengan kedua dua belah mata Danish yang berada di dalam kereta. Dia memandang Laura dibelakang. Terlihat gadis kecil itu masih lagi dibuai mimpi. Danish kembali memandang Lydia.

Bagaikan api yang membara dalam tubuh badan Danish sekarang ini. Panas sungguh panas. Tangannya yang memegang stereng kereta digenggam kuat. Terkeluar urat urat pada lengan tangannya. Gigi geraham pula dilaga lagakan. Selain itu, mata Danish mencerlung tajam ke arah Imran dan Lydia yang sudah tidak lagi memegang antara satu sama lain.

"Lain kali hati hati, Lydia.. awak tak nampak tu papan tanda kuning tu?" Imran menjuih bibir ke arah papan tanda yang tertulis 'AWAS LANTAI LICIN'.

Lydia berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Imran. Dia tersengih dan dalam masa yang sama matanya tertumpu pada kereta milik Danish.

"Err.. Imran.. saya minta diri dulu ye? Terima kasih tolong selamatkan saya.." ucap Lydia bersama senyuman tipis diberikan.

"Okay Lydia, hati hati" pesan Imran yang turut membalas senyumam buat Lydia.

Lydia mengangguk sebelum dia berlari kecil ke arah kereta milik Danish yang diparking tidak jauh dari pintu hopsital itu.

Sampai sahaja dikereta Danish, Lydia melolos masuk ke dalam sebelum pintu kereta ditutup.

"Sorry sayang, saya lambat" kata Lydia dengan tangannya menarik seat belt.

Danish disebelah itu hanya mendiamkan diri sahaja. Dia menggerling sekilas ke arah Lydia dengan wajahnya sudah pun tegang, dingin, merah semacam. Danish menurun handbreak lalu meluncur laju ke arah lebuh raya.

Sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah, suasana dalam kereta hanya sunyi sepi sahaja. Tadi Lydia cuba membuka radio malah diarahkan oleh Danish suruh tutup semula. Katanya bosan. Lydia terasa pelik. Tanpa bantahan Lydia kembali tutup radio tersebut.

Dan sekarang Lydia hanya termenung sahaja ke arah luar tingkap. Sungguh janggal baginya sekarang ini oleh kerana Danish langsung tiada tanda tanda mahu membuka mulut atau topik berbualan. Bahkan dia lurus sahaja memandang ke arah lebuh raya.

Lydia menoleh memandang Danish disebelah. Matanya tertumpu pada tangan Danish yang memegang gear. Dia cuba untuk memegang tangan suaminya.

"Sayang.."

Terkejut Lydia apabila Danish menepis tangannya dengan kasar. Lydia memandang Danish dengan mata membulat.

"Sa..sayang awak okay tak ni?" tanya Lydia dengan gagap. Tiba terasa dadanya berdegup laju.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now