Selesai sahaja solat isyak, Lydia melabuhkan punggungnya di sisi katil. Telefon yang elok terletak di atas meja lampu bersebelahan dengan katil itu di capai.
Terasa rindu pulak kepada sang suami. Agak agak dia tengah buat apa sekarang ni eh?
Kenalan Danish dicari. Tekan sahaja butang panggilan itu Lydia terus lekatkan telefon itu pada telinga. Bantal kecil disebelah diambil lalu diletakkan di atas riba.
"Hello?"
Lydia mengukir senyuman lebar.
"Hello sayang, awak tengah buat apa tu?"
"Tak ada buat pape pun.. tengah baring atas katil. Asal?"
"Ouh.. tak ada pape lah.. saja call awak sebab rindu..."
"Rindu?"
"Hm."
"Ye ke kau rindu aku?"
"Ye la. Kenapa pulak saya nak tipu? Orang rindu tak boleh buat main tau sayang"
"Tch! Ye la.."
"By the way.. awak apa khabar?"
"Baik.."
Semakin lebar senyuman pada bibir Lydia. Kini badannya mengubah posisi menyandar di kepala katil. Jarinya bermain kecil pada hujung bantal itu.
"Awak dah makan?"
"Dah. Kau?"
"Belum lagi.. saya baru je lepas solat isyak.. lepas ni baru la turun makan sekali dengan akak Intan dengan abang Darwish tu.. anak anak dia sekali"
"Oo okay.."
"Awak dah solat isyak ke belum?"
"Dah.."
"Ye ke?"
"Hmm.."
"Alhamdulillah la kalau awak dah solat.. duduk sana jangan tinggal solat tau sayang.."
"Okay sayang.."
"Lydia! Jom turun makan!" Laungan lantang Intan dari tingkat bawah itu.
Lydia menjauhkan sedikit telefon itu dari telinganya.
"Okay akak! Lydia turun sekarang!" Laung lantang Lydia memandangkan dia berada di tingkat atas.
Telefon kembali dilekatkan pada telinga.
"Sayang, akak Intan dah panggil suruh makan.. saya end call dulu okay?"
"Okay.. baik baik sayang"
"Okay sayang. I love you."
"I love you more."
Lydia tersenyum sebelum dia jatuhkan telefonnya pada sisi dan menekan butang merah. Telefon diletakkan semula di atas meja lampu sebelum dia bergegas keluar dari bilik dan turun dari tangga.
Tiba di dapur. Lydia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Terlihat Darwish, Dhania dan Iffat sudah pun duduk di atas kerusi.
"Wah~ banyaknya akak masak?"
Intan mengulum senyuman.
"Banyak banyak pun.. habis kena sapu dengan 3 beranak ni" jawab Intan.
Lydia tertawa kecil.
"Lydia nak tolong tadi akak tak nak bagi" tukas Lydia.
Mana tidaknya, Lydia sudah mahu menolong Intan untuk menyiapkan makan malam sebelum azan isyak tadi. Tetapi dihalang oleh Intan katanya dia boleh buat sendirian akan tetapi Lydia kesian terhadap Intan malah Intan masih berkeras untuk tidak menolongi dirinya di dapur. Jadi Lydia hanya sekadar buat air sahaja sebelum dirinya naik ke atas menunaikan solat isyak sebentar tadi.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...