Laura keluar dari bilik tidurnya setelah dia menyiapkan segala kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Tunggu punya tunggu Lydia masih lagi tidak memanggilnya untuk makan malam. Dia melangkah menurun tangga. Kepalanya dijenguk sendikit melihat ke arah dapur.
Bercahaya terang.
Laura tersenyum. Pasti ibunya sedang memasak sekarang ini. Tanpa berlengahkan masa dia terus berlari kecil menuju ke arah dapur.
Tekaan Laura sangat tepat sekali. Terlihat ibunya sedang memasak. Beberapa hidangan telah pun siap terhidang di atas meja.
"Mommy!"
Laura perasan bahu Lydia terhinjut. Terkejut barangkali dengan sapaan dia itu.
"Ish! Laura ni terkejut la mommy" kata Lydia sambil mengurut dadanya.
Laura tersengih sahaja sebelum menapakkan kaki ke arah Lydia.
"Mommy masak apa lagi tu?" tanya Laura dengan mendongak kepalanya untuk melihat apa yang dimasak oleh ibunya.
"Sup ayam sayang."
Laura mengangguk kecil. Dia berpaling ke belakang tatkala dia perasan kelibat Danish baru sahaja masuk ke dapur dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Eh daddy~" lerek Laura. Dia mengatur langkah menuju ke arah Danish.
Danish menggerling sekilas ke arah Laura lalu memberikan senyuman senget.
Lydia yang mendengar panggilan Laura itu perlahan lahan dia menoleh ke belakang sekilas lalu sambung mengacau sup ayamnya.
"Daddy.."
"Hmm"
"Malam ni daddy tolong suapkan Laura boleh?" pinta Laura sambil mengedip ngedipkan matanya. Wajah comel katakan.
"Asal tak makan sendiri?"
"Alaaaa malam ni nak daddy suapkan..." rungut Laura sambil mengesot ngesot kakinya di atas lantai itu. Jari telunjuknya pula dilaga lagakan. Bibir sudah tentu sengaja dicebikkan. Minta simpati.
Danish berdecit. Kerusi disebelahnya itu ditarik keluar.
"Meh duduk sini" pelawa Danish sambil menepuk kerusi disebelahnya.
Laura yang acah acah minta simpati tadi langsung berubah teruja. Dia berlari ke arah kerusi bersebelahan dengan Danish.
"Yeay! Thank you daddy!"
Sup ayam yang di masak oleh Lydia sudah pun siap. Dia berjalan sambil membawa mangkuk berisi sup ayam itu ke arah meja. Mangkuk itu diletakkan. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Danish.
"Daddy nak sup ayam mommy buat tu" pinta Laura sambil menunjuk ke arah mangkuk berisi sup ayam yang terletak dihadapan dengan Lydia.
Danish berpaling ke arah sup ayam lalu matanya melirik ke arah Lydia.
Lydia yang faham apa yang Danish cuba sampaikan itu langsung tangannya bergerak menghulurkan sup ayam yang masih lagi panas itu kepada Danish.
Danish menyambut dengan berhati hati lalu diletakkan disebelah pinggan Laura.
Lydia melihat sahaja Danish sedang mencebok sup ayam menggunakan sudu dan tuang sedikit ke atas nasi Laura. Dia mengulum senyuman kecil.
"Laura makan dulu dengan daddy ye sayang? Mommy nak naik atas, nak solat isyak" kata Lydia sebelum dia bangun dari kerusi.
"Okay mommy" respon Laura sambil tersenyum gemok memandangkan mulutnya sekarang ini penuh dengan nasi.
Lydia mula melangkah keluar dari dapur tanpa sedikit pun menoleh ke belakang. Manakala Danish menggerling sekilas ke arah Lydia lalu memandang kembali ke arah Laura.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...