Bab 36 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.4K 40 5
                                    

Lydia berjalan menuju ke bilik setelah siap buat punchcard. Kemudian, dia terserempak dengan Darwish.

"Good morning abang Darwish" ucap Lydia. Sudah memastikan line clear sebelum dia mengeluarkan perkataan 'abang' itu.

"Morning too, Lydia" balas Darwish dengan secalit senyuman ditayangkan.

Lydia turut membalas senyuman Darwish sebelum dia kembali mengatur lamgkah ke arah biliknya.

"Eh, Lydia!"

Lydia memberhentikan langkahnya. Badan dipusingkan kebelakang.

"Ye abang?"

"Nanti selepas lunch masuk bilik abang.. abang nak cakap benda penting dekat Lydia" kata Dariwsh dengan wajah resah semacam.

Lydia memandang Darwish dengan kening berkerut. Dia teragak agak mahu mengangguk.

"Oo..okay.."

Darwish tersenyum dan mula melangkah ke arah biliknya.

Lydia mengangkat bahu, malas nak fikir panjang. Dia mula mengatur langkah ke arah biliknya.

"Kak Lydia!!"

Terhinjut bahu Lydia sedikit dek suara lantang memanggil namanya. Dia toleh sedikit ke tepi melihat siapa gerangan yang memanggilnya itu.

"Apa dia Afiq ni pagi pagi lari macam kena kejar anjing ni ha?" soal Lydia dengan tangannya ligat membuka kunci pintu biliknya itu.

Tercungap cungap Afiq mencari nafas. Badan dibongkokkan sedikit penat kerana berlari.

"Hey, kenapa ni Afiq?" soal Lydia lagi. Pintu biliknya sudah pun terbuka.

"Qayyum.."

"Kenapa dengan Qayyum?"

"Dia kena lempang dengan pesakit."

"Hah?! Serius la?! Dekat mana?!" Bulat mata Lydia dibuatnya.

"Dekat bilik nombor 32" jawab Afiq menunding jari ke arah yang dikatakan itu.

"Okay kejap!" Lydia melangkah masuk ke dalam biliknya. Beg sandang dan beg kerja di letakkan di atas sofa sebelum dia kembali keluar dari bilik.

"Jom!" Lydia terus berlari ke bilik nombor 32.

"Macam mana Qayyum boleh kena lempang, Afiq?!" tanya Lydia dengan kakinya setia berlari.

"Tak, sebab tadi Qayyum dengan Afiq nak bagi ubat dekat pesakit lelaki itu.. lepas tu Afiq rasa nak terkencing.. Afiq suruh la Qayyum pergi dulu sebab Afiq nak ke tandas kejap.. balik je dari tandas tengok tengok dia dah kena lempang dengan pesakit lelaki tu" jelas Afiq. Kakinya juga setia berlari.

Lydia menggeleng geleng kepala. Sampai sahaja di bilik nombor 32 itu, Lydia terjah masuk.

"Kau jangan nak paksa paksa aku makan ubat eh?! Aku tumbok muka kau kejap lagi nak ke?!" amarah lantang pesakit lelaki itu.

Lydia melangkah mendekati mereka.

"Encik, bawak bersabar ye?" Lydia cuba mahu menenangkan pesakit lelaki itu. Sempat dia memberi isyarat mata ke arah Afiq menyuruh membawa Qayyum keluar dari bilik tersebut.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now