Danish terkejut kecil.
"Sejak bila kau jadi gila ni? Siap masuk hospital mental bagai?" ujar Syaza tiba tiba. Dia ketawa sinis.
Mata Danish mencerlung tajam ke arah Syaza.
Musuh ketatnya ini..
"Tak sangka kan jumpa kau dekat sini? Ingatkan dah bekerjaya.. rupanya bekerjaya dekat hospital gila ni?" Tercetus tawanya itu.
"Haishh.. memang betul betul tak sangka la aku.. takkan la sebab aku buli kau dulu kau boleh jadi gila sampai masuk hospital ni bagai? Ha?"
"Sedihhh lah hidup kau nih!!"
Semakin dalam kata kata Syaza. Langsung tidak peduli dengan tatapan tajam Danish itu.
"Kesian kau kan?" Syaza menggeleng geleng kepala sambil mencebik. Sengaja mahu menguji kesabaran Danish.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Danish dingin.
"Ha? Kau tanya aku buat apa dekat sini? Aku ni kena jaga pesakit men.tal dekat sini.. tak tahu la pulak pesakit men.tal tu kau!" jawab Syaza. Sengaja ditekankan perkataan mental itu.
Danish bangun dari katil. Perlahan lahan dia berjalan ke arah Syaza.
"Kau sebenarnya salah tempat ni, Syaza. Kau sepatutnya jadi pesakit mental dekat sini jugak" kata Danish sambil menyilang tangan pada dada.
Syaza jongket sebelah kening. Dia ketawa.
"Woo sorry to say laa.. kau cakap diri sendiri ke? Sebab aku tengok kau yang mental sekarang ni?"
"Tapi kan.. aku kesian la dekat kau.. bukan apa.. kau handsome je aku tengok tapi sayang.. gila." Tercetus sekali lagi ketawa jahat Syaza di dalam bilik itu. Senyuman pada bibir semakin lebar tersenyum tetapi bukanlah senyuman yang ikhlas malahan senyuman mengejek.
Melihat dan mendengar ketawa Syaza cukup membuatkan api kemarahan Danish membara. Dia mengenggam penumbuk sebelum dia mendekati lagi dirinya ke arah Syaza.
Leher Syaza dicekik.
Terbatuk Syaza dibuatnya. Kedua belah tangannya memegang tangan Danish supaya dapat dileraikan.
"Aku dah lama dah tau simpan dendam aku dekat kau.. tapi aku bersyukur sangat laa sebab aku boleh jumpa kau lagi untuk balas dendam." Cekikkan pada leher Syaza diperdalamkan lagi.
"Le..lepaskan akuuu.."
Danish menolak kasar Syaza sehingga tersungkur pada lantai.
"Kau memang betul betul gila la, Danish!" jerit Syaza sambil mendongak kepalanya memandang wajah tenang Danish itu.
"Apa kau cakap? Gila?" Danish mendekati Syaza tatkala wanita itu mengesotkan diri ke belakang. Leher Syaza dicekik kembali. Dia mengangkat Syaza untuk bangun hanya memegang leher Syaza sahaja.
"Harap muka je cantik.. tapi perangai lebih daripada setan!" Semakin dalam Danish mencekik pada leher Syaza lalu dia kembali menolak Syaza dengan kasar sehingga jatuh semula pada lantai.
"Even aku setan tapi aku tak gila macam kau!" jerit Syaza lagi. Wajah sudah pun berpeluh habis walaupun bilik ini sudah memasang penghawa dingin.
Danish ketawa sinis.
"Kau memang minta kan?" Danish kembali lagi memegang leher Syaza. Kelakuannya sama seperti tadi mengangkat Syaza untuk bangun hanya memegang leher sahaja.
"Allahuakhbar! Abe Aziz!" Latah Afiq apabila dia terkejut melihat situasi sekarang ini. Dulang ubat yang dibawa itu jatuh tercium lantai.
"Eh kau pahal, Fiq?" seloroh Qayyum di belakang Afiq itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/349258599-288-k974660.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...