Kini Darwish, Imran dan Nina berada di sebuah restoran.
"Kenapa korang hantar e-mel berhenti praktikal dekat saya macam tu? Nasib baik la ada budak praktikal baru masuk cover korang masa tu tau.. kalau ikutkan saya memang dah stress dah nak cari doktor praktikal lain untuk jaga pesakit dekat hospital saya tu" kata Darwish panjang. Meluah segala benda yang tersimpan dalam hatinya selama ini.
Imran dan Nina menundukkan kepala. Mereka tahu salah mereka sebab berbuat demikian terhadap Darwish. Tapi jauh dari sudut hati mereka tiada langsung niat mahu mengkhianati si Darwish itu.
"Boleh saya tahu kenapa korang berhenti serentak macam tu?" tanya Darwish yang ingin tahu. Dipandang Imran dan Nina bersilih ganti memandangkan Imran dan Nina berada dihadapannya.
Imran dan Nina mengangkat kepala. Mereka memandang satu sama lain sebelum menarik nafas lalu dihembus perlahan.
"Panjang cerita dia doktor" kata Imran.
"Pendekkan."
Imran mengemam bibir. Kalau diberitahu hal yang sebenar terjadi, agak agak Darwish marah dia tak?
"M.. macam ni doktor.. pada mula saya masuk jadi doktor praktikal dekat hospital doktor tu.. saya ada taruh hati saya dekat Lydia."
Mata Darwish mula membulat kecil.
"Tapi! Tapi doktor! Sekarang dah tak dah.. tu dulu je" seloroh Imran. Takut kalau Darwish tersalah faham pada dirinya.
"Sambung."
"Then, saya cuba la nak ambil hati Lydia tapi tak dapat.. lagipun dia berstatus isteri orang memang patut la dia tak pandang saya.. lepas tu saya terlalu cintakan Lydia sampaikan saya sanggup curi ambil gambar Lydia dan letakkan gambar Lydia tu dalam frame" sambung Imran. Dia melihat wajah Darwish mula mengerut tanda dia seakan marah dengan tindakan Imran tersebut.
"Tapi perbuatan saya sia sia doktor.. sebab Nina dia curi masuk bilik saya dan ambil gambar Lydia tu then bakar.. so disebabkan perbuatan dia.. perkara tu cukup buatkan saya nak marah sangat sangat dekat Nina.."
"Jadi, saya culik Nina dan seksa dia cukup cukup untuk lepaskan segala dendam saya terhadap dia, doktor. Benda yang paling bodoh sekali saya buat dekat dia.. saya rogol dia tanpa pakai alat condom tu, doktor." Imran kembali menundukan kepalanya ke lantai. Sungguh malu bercampuran bodoh dia pada ketika itu apabila diingatkan semula.
"Astagfirullahhalazim. Sampai macam tu sekali awak buat dekat Nina, Imran?"
"Saya betul betul menyesal doktor.. tapi doktor jangan risau.. tak lama lagi saya akan kahwin dengan Nina" kata Imran. Tidak mahu lagi Darwish berfikiran negatif terhadapnya.
"Syukur la kalau awak dah gerak hati dan pasang niat nak tanggungjawab pada Nina.. saya pun rasa nak mengamuk ni bila awak cakap macam tu tadi tapi bila dengar sampai habis.. alhamdulillah Allah gerakan hati awak untuk bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat dekat Nina."
Imran mengangguk angguk kepala. Wajah Darwish langsung tidak pandang oleh kerana sungguh malu yang amat tatkala dia mencerita kesemua apa yang telah terjadi.
"Tak apa lah Imran.. benda dah jadi dah pun.. saya harap bila awak dah kahwin dengan Nina jangan seksa dia lagi.. sayangkan Nina sepenuh hati awak.. jadikan dia sebagai puteri dalam genggaman awak.. ingat perempuan perlu dijaga, dilindung dan disayangi bukan untuk jadikan perempuan sebagai permainan atau pemuas nafsu semata mata" pesan Darwish dengan anak matanya tidak lepas melihat wajah tertunduk Imran itu.
"Baik doktor.. saya janji saya akan sayang Nina macam nyawa saya."
"Bagus.. saya doakan kamu berdua bahagia dunia dan akhirat.. amin."
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...