Bab 28 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.3K 42 4
                                    

Matahari mula terbit dari timur untuk menerangi bumi. Lydia yang telah siap menghidang pelbagai sarapan di atas meja itu terhenti apabila di lupa akan sesuatu. Dia berlari semula ke arah meja kabinet dan mengambil cawan yang elok tergantung di tempat gantung cawan kayu. Namun, langkahnya terhenti apabila matanya terlihat pada cawan milik Laura. Dia tersenyum.

"Good morning, sayang."

Lydia menoleh ke arah meja apabila dia kedengaran suara Danish masuk digendang telinganya.

"Morning too" balas Lydia. Dia melihat sekilas ke arah cawan Laura sebelum berlari kecil ke arah meja.

Cawan itu diletak atas meja lalu dia mengangkat teko itu dan menuang air kopi panas dalam cawan tersebut. Cawan itu diletakkan di hadapan Danish.

Lydia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Danish.

"Sayang" panggil Lydia.

"Hm?" sahut Danish setelah dia menyuap roti bakar itu ke dalam mulutnya.

"Awak lunch dekat office ke or dekat rumah hari ni?"

"Tak sure la sayang. Sebab kekadang aku tak rehat sebab banyak sangat kerja tu" jawab Danish. Mulutnya tidak berhenti mengunyah roti bakar yang dibuat oleh air tangan Lydia.

"Ish awak ni.. jangan la abaikan waktu makan awak.." amarah kecil Lydia.

Danish memandang Lydia.

"Asal?"

"Ye laa.. nanti kalau jadi apa apa dekat awak macam mana?" ujar Lydia. Nada suaranya jelas kedengaran risau.

Danish berdecit perlahan.

"No hal laa.. aku ada je buat stock roti bawah laci meja kerja aku.. kalau dah tak sempat makan.. aku makan je roti tu" kata Danish yang tidak mahu merisaukan Lydia terhadap dirinya.

"Oh ye?"

"Hmm."

"Kalau macam tu okay laa.. at least awak makan kan?"

Danish mengangguk.

"Dah la.. aku pergi kerja dulu" pamit Danish seraya bangun dari kerusi. Kopi panas dihirup.

"Ish minum duduk lah!"

Danish menghiraukan sahaja amarah Lydia. Beg kerja disebelah itu dicapai.

Lydia pantas bangun dari kerusi dan berlari mendekati Danish. Lengan suaminya itu dipeluk.

Danish memandang pelik ke arah Lydia di sebelah. Macam mana tak pelik tiba tiba je jadi manja macam ni. Dulu masa Laura ada, tak ada la pulak nak manja manja macam ni.

"Kerja elok elok tau sayang? Jangan stress stress." Pesan Lydia mesra. Lengan Danish semakin erat dipeluk. Kini mereka sudah pun sampai dipermukaan pintu.

Danish mengorak langkah keluar dari pintu. Kasut kerjanya disahut. Tangan mereka masih lagi setia memegang antara satu sama lain.

"Jangan balik lambat sangat tau, sayang.. nanti saya rindu" pesan Lydia lagi. Kini dengan suara manja pula.

Danish ketawa sinis. Rambut panjang Lydia diserabaikan.

"Ish sayang! Habis lah rambut saya!" bentak Lydia lalu merapikan semula rambutnya.

Danish ketawa sahaja sebelum dia mencubit kedua belah pipi Lydia. Geram.

"Auuuu! Sayang! Sakit lah! Eh dah la! Pergi kerja sana!!" halau Lydia dengan menolak badan tegap Danish ke arah kereta.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now