Hari percutian sekolah Laura sudah pun habis, Laura kini kembali ke alam dunia persekolahan. Tidak lupa kepada Danish. Dia jugak kembali ke alam dunia perkerjaan setelah hari cutinya itu hanya melayan sahaja karenah Laura. Tak apa la bukan selalu.
"Daddy, hari ni Laura balik lewat sikit tau" pesan Laura sambil memandang sisi wajah Danish.
"Lewat? Pukul berapa?"
"Hari ni ada kelas kuiz bahasa Melayu dan English.. jadi dalam pukul 5:30 macam tu"
"Ouh maknanya tak payah pergi rumah mama Intan la ni hari ni?"
"Tak.. jadi papa ambil Laura and then terus ambil mommy"
"Okay. And sayang balik pukul hari ni?" soal Danish kepada Lydia disebelah.
"Macam biasa la pukul 5 tapi kalau awak nak ambil saya dalam 5:30 pun tak apa.. alang alang tu boleh la saya uruskan sikit pesakit saya sementara tunggu awak" balas Lydia.
Bukan apa laluan untuk ke pejabat Danish melalui sekolah Laura terdahulu, baru la hospital yang Lydia bekerja. Jadi memandangkan tak nak bebankan si Danish, Lydia sanggup tunggu sehingga 5:30 lagipun ramai lagi tak balik sebab ada yang shift petang sampai pagi esok. Jadi tak takut la seketul Lydia ni tunggu sorang sorang.
"Okay.. jadi Laura balik 5:30 la ni?"
"Yup daddy!"
"Alright. Belajar rajin rajin" pesan Danish sebelum dia mengucup pipi Laura. Dituruti Lydia yang sebelah itu.
"Jangan nakal nakal tau, sayang.. dengar cakap cikgu tu okay?"
"Okay mommy.. bye bye!" Laura mula melolos keluar dari kereta. Tutup sahaja pintu kereta itu Laura terus berlari menuju ke arah pintu pagar sekolah.
Lydia tersenyum melihat kecomelan Laura yang berlari itu. Walaupun sudah mencecah usia 12 tahun tapi tubuh badannya masih lagi kecil seperti budak 7 tahun. Kesian dia, pernah Laura bagitahu Lydia yang dia lah paling terpendek dan terkecil sekali dalam kelas.
Haih.. Laura Laura.
"Sayang"
"Hm?"
"Semalam kau nangis kenapa?" soal Danish tiba tiba.
"H..ha? Saya nangis? Bila?" Lydia cuba berdalih kerana tekaan Danish itu tepat sekali.
"Tak payah nak tipu aku la, sayang.. jujur je laa.. kau nangiskan semalam?"
Lydia tidak senang duduk. Kata kata Danish cukup membuatkan dirinya terserentak.
"Ka.. kalau saya jawab iya.. awak nak buat apa?"
"Buat apa? Aku cuma tanya je"
"Iye la kenapa awak tanya?"
"Laa tanya pun salah?"
"Tak salah.. tapi macam mana awak tahu?"
"Kalau dah dalam bilik air tu jenis tertutup semua.. tak ke bergema suara tangisan kau dalam tu? And kau ingat aku tak tengok muka kau? Kau kalau dah nangis muka merah, hidung merah, mata bengkak.. hey sayang.. aku khawin dengan kau bukannya 1hari tau.. dah bertahun tahun.. segala tingkah laku kau semua aku tahu" ujar Danish dengan matanya tidak lepas memandang ke arah lebuh raya.
Lydia terkedu. Muka dia kalau dah nangis sampai teresak esak memang susah nak hilang merah merah semua tu dekat muka. Kalau nak hilang pun ambil masa berjam jam.
"Tell me, asal kau nangis semalam?" pintas Danish. Masih lagi tidak berpuas hati dek soalannya belum terjawab lagi.
Lydia bermain jari jemarinya. Kalau bagitahu yang dia nangis pasal Darwish cakapkan dekat dia tu macam mana? Agak agak dia marah tak?
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...