Bab 01 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

5.8K 98 40
                                    

Seorang gadis yang berumur lingkaran 12 tahun sedang menunggu bapanya untuk menjemput dia pulang ke rumah.

Gadis itu yang bernama LAURA FARHANA tidak berhenti dari duduk diam. Kejap ke sana, kejap ke sini. Muka sudah tentu masam habis kerana geram terhadap sikap bapanya yang selalu mengambilnya lambat.

"Haish! Daddy ni mana! Penat la Laura tunggu!" bentak Laura sendirian sambil menghentak tangannya kecil pada besi penunggu bas itu. Nak balik jalan kaki, jauh la pulak dari sini ke rumah.

"Hmm daddy.." rengek Laura. Jangan tanya la kenapa Laura manja sangat dengan bapak dia. Like mother like daughter.

Sedang Laura merengek itu tiba tiba sebuah kereta berhenti betul betul berhadapan dengan dia.

Kini Laura sudah pun duduk di atas kerusi besi dengan wajah cemberut habis.

"Ya allah sayang.. maafkan daddy lambat hari ni yee?" seloroh Danish setelah dia keluar dari kereta dan berlari kecil ke arah Laura.

Laura hanya menayangkan wajah masam mencuka. Sikit pun dia tidak memandang wajah ayahnya.

"Laura, papa mint—"

Tidak sempat Danish mahu menghabiskan percakapannya, Laura terlebih dahulu bangun dari kerusi besi dan berjalan menuju ke arah kereta. Pintu kereta dibuka lalu meloloskan diri masuk ke dalam kereta Mercedes ayahnya.

Danish seakan tahu mengapa Laura bersikap sedemikian. Aduhh susah kali ni nak pujuk dia.

Danish menarik nafas panjang lalu meraup rambutnya ke belakang. Dia mula membuka langkahnya menuju ke arah kereta.

"Perangai sebijik macam mommy dia" kata Danish. Sempat mengutuk anak sendiri sebelum dia meloloskan diri masuk ke dalam kereta.

Tutup sahaja pintu, dia menukar posisi duduknya menghadap Laura.

"Laura Farhana"

Tiada respon dari seketul gadis kecil Laura malah dia hanya lurus sahaja memandang hadapan dengan tangannya menyilang pada dada. Muka tak payah cakap, memang masam mencuka je dari tadi. Bibir? Bibir sudah tentu muncung je ke depan.

"Laura Farhana, pandang daddy" arah Danish. Matanya tidak lepas melihat wajah anak perempuan pertamanya itu.

Mendengar sahaja suara yang lembut tadi bertukar seperti ketegasan, perlahan lahan Laura memandang ayahnya.

"Apa?"

"Ye sayang, daddy tau.. daddy lambat ambil Laura hari ni.. daddy minta maaf eh? Daddy tiba tiba ada mesyuarat pulak hari ni.. mommy pun.. daddy ambil lewat jugak hari ni.. bukan Laura sorang je" ujar Danish panjang. Wajah polos anaknya tidak lepas dipandang.

"Okay." Hanya itu sahaja respon dari Laura. Dia kembali memandang hadapan dengan posisi kekal sama.

Danish merengus perlahan. Sekali lagi dia meraup rambutnya kebelakang. Butang baju dibuka dari tiga ke atas.

Malas nak cakap banyak lagi, Danish mula menurunkan break lalu meluncur laju meninggalkan kawasan sekolah Laura dan menuju ke hospital di mana Lydia bekerja.






꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂






Dhania mengamuk. Intan sudah pun pening kepala tidak tahu lagi mahu memujuk macam mana. Dari tadi lagi sebut nak ayah dia.

"Yee sayang, nanti petang sikit papa balik okay? Sekarang waktu bekerja" pujuk Intan yang tidak berhenti gosok belakang Dhania dengan lembut.

Dhania sudah memcecah usia 5 tahun. Ikatan rapat dengan ayah dia semasa kecil tidak dapat dipisahkan. Setiap kali lepas tidur mesti mengamuk nak ayah dia. Ni kejadian jadi macam ni kes baru lepas bangun tidur la ni.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now