Lydia melangkah turun dari tangga. Dia memandang ke arah jam yang elok tergantung pada dinding. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 7.
"Tak balik lagi ke diorang ni? Lama betul" kata Lydia yang sudah jejak anak tangga terakhir. Tiba tiba dia kedengaran pintu rumahnya dibuka.
"Eh sayang? Mana Laura?" tanya Lydia apabila dia melihat hanya Danish sahaja yang pulang.
"Dekat rumat akak Intan la" balas Danish tenang. Dia berjalan ke arah sofa sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Awak tak pergi ambil dia ke? Dah pukul berapa dah ni?"
"Alaa biar laa.. lagipun dia kan cuti esok.. aku dah call dah akak Intan cakap aku ambil Laura lambat."
Lydia terasa pelik. Selalunya kalau Laura cuti hari minggu sekolah dia ambil awal je. Dah kenapa hari ni tiba tiba lewat pulak?
Lydia melangkah mendekati Danish.
"Saya masuk kerja esok." Lydia bersuara. Dia juga melabuhkan punggungnya disebelah Danish.
Danish yang mendengar itu perlahan lahan membuka matanya dan melihat ke arah Lydia.
"Ke.. kenapa pandang saya macam tu?" tanya Lydia dengan gagap.
"Pandang isteri pun salah?"
"Tak salah.. cuma.. pelik"
"Apa yang pelik?"
"Tak ada apa."
"Ke kau ada sesuatu nak bagitahu aku?" teka Danish.
Lydia menggeleng kepala.
"Mana ada"
"Ataupun kau ada sorok benda dari aku?"
"Ma.. mana ada"
"Okay." Danish bangun dari sofa. Dia melonggarkan tali lehernya. 3 butang baju dari atas dibuka.
"Aaa! Apa ni sayang?! Turunkan la saya!" bentak Lydia apabila Danish mengangkatnya gaya bridal style.
"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?"
"Lepas la sayang.." rengek Lydia lagi.
Danish menghiraukan sahaja rengekkan Lydia. Dia membawa Lydia ke arah tangga.
"Sayang beg kerja awak"
"Beg tu bila bila boleh ambil.. kau tak payah berdalih la sayang" kata Danish. Sekarang kakinya sudah pun menjejaki tangga.
"Sayang, awak nak buat apa? Dah nak maghrib dah ni"
"So?"
"Tak elok laa"
"Ada aku kisah? Aku dah lama dah tau tak buat macam ni dekat kau sayang.. alang alang Laura tak ada.. apa kata aku luangkan masa dengan kau puas puas?" ujar Danish dengan senyuman nakalnya. Tiba tiba dia merasakan dirinya bagaikan dihasuti syaitan.
"Sayang.. kawal la sikit nafsu awak tu"
Kini mereka sudah pun berada di hadapan pintu bilik. Danish sedaya upaya mahu membuka pintu dan akhirnya terbuka juga. Dia melolos masuk sebelum dia menutup pintu menggunakan kaki kiri. Dia melangkah ke arah katil.
Tubuh Lydia dilemparkan atas katil.
"Auu! Sakit lah!"
Danish hanya tersenyum sahaja sebelum dia menindah atas Lydia.
"Sa.. sayang apa kata kita solat maghrib dulu.. nanti lepas isyak kalau awak nak.. awak buat laa" rayu Lydia dengan wajah ketakutan.
Danish memandang lama wajah polos Lydia.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romance5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...