Imran meletakkan dulang berisi ubat itu di atas meja sebelah katil pesakitnya.
"Nanti encik Hamid jangan lupa makan ubat ni ye? Nanti kalau encik Hamid dah makan.. saya bawak encik Hamid tengok taman dekat belakang ni petang nanti okay?" kata Imran dengan lembut.
Encik Hamid yang termenung jauh ke arah luar tingkap itu hanya menoleh sekilas sahaja ke arah Imran. Dia mengangguk lalu kembali memandang ke arah luar tingkap.
Imran senyum lalu dia memusingkan badannya untuk melangkah keluar dari bilik pesakitnya. Tak nak paksa paksa kalau waktu makan ubat, bab ajaran Lydia kalau dia nak makan dia akan makan sendiri. Jangan paksa nanti jadi benda lain pulak.
Tutup sahaja pintu bilik pesakit nombor 11 itu tiba tiba bahunya dirempuh oleh seseorang. Fail yang dipegang itu habis jatuh tercium lantai.
"Maaf encik saya tak nampak tadi.. maaf ye?" pinta wanita itu berkali kali. Tangannya mengutip fail Imran yang jatuh berterabur itu.
"Tak apa.. saya okay je" respon Imran yang juga turut mengutip fail pesakitnya.
Wanita itu bangun terlebih dahulu sambil menghulurkan fail itu kepada Imran. Imran juga turut bangun dari mengutip fail yang bertaburan. Tangannya mula mahu mengambil fail itu dari tangan wanita yang melanggarnya sebentar tadi.
"Imran?"
Imran mengangkat kepala.
"Camelia?"
"You buat apa dekat sini, Imran? Tak sangkat jumpa you dekat sini?" kata Camelia tidak percaya. Bibirnya sudah tentu mengukir senyuman.
Tetapi tidak kepada wajah Imran. Wajahnya hanya kosong sahaja ditayangkan. Bibir? Lagi la tak. Langsung tidak senyum.
"You buat apa dekat sini, Camelia?" soal Imran kembali.
"Eh? I tanya you.. you tanya i balik?"
Imran merengus kasar.
"Okay okay! I datang sini sebab melawat kawan i" kata Camelia.
"Kawan you?"
"Ye, kawan i.. dia dah lama dah dekat sini.. minggu depan baru check out"
Imran mengangguk.
"Kalau tak kacau masa you kerja.. jom temankan i pergi kafe.. kita borak borak sikit.. dah lama sangat tak jumpa dengan you" kata Camelia mesra.
"Sorry, i tak ada masa."
"Alaaa please Imran.. kali ni jee.." pujuk Camelia sambil mengedip ngedipkan matanya.
Imran merengus kasar lagi.
"Last." Imran terlebih dahulu melangkah pergi meninggalkan Camelia.
Senyuman Camelia semakin melebar. Dia turut melangkah mengikut Imran di belakang.
꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂
Nathan mengerutkan dahi apabila dia melihat Danish memandang dinding bagaikan mahu tebus. Dia berjalan mendekati meja Danish.
"Jauh sangat tenungnya tu.. nak tebus dah dinding" seloroh Nathan sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi hadapan Danish.
Danish kembali ke alam realiti. Dia menggulingkan matanya.
"Hamboi.. jeling jeling kita pulakk"
"Kau buat apa dekat sini? Tak ada kerja ke?"
"Alaaa kerja apanya? Kan waktu lunch ni?"
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]
Romansa5 tahun sudah pun berlalu, keluarga kecil DANISH HAZIQ dan LYDIA MARISSA semakin bahagia setelah ada seketul gadis kecil iaitu LAURA FARHANA. Sekarang Laura sudah mencecah usia 12 tahun. Pekerjaan Danish sebagai CEO masih lagi kekal manakala Lydia s...