Bab 09 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.8K 64 29
                                    

"A..awak saya.."

"SAYA APA?!" Danish melemparkan telefon Lydia ke arah dinding. Terhinjut bahu Lydia dengan tindakan Danish itu.

"Ohmakkaulondeh!" Laura melantah. Sekarang ini dia berada dalam biliknya kerana menyiapkan kerja sekolah. Dia memandang pelik ke arah pintu biliknya sebelum dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar. Bilik ibu bapanya dituju.

"Mommy! Daddy! Apa yang pecah tu?! Terkejut la Laura!!" jerit lantang Laura yang berada di luar bilik ibu bapanya. Tangannya tidak berhenti dari mengetuk pintu.

Lydia dan Danish berpaling ke arah pintu. Danish memandang Lydia memberi isyarat mata untuk membalas laungan Laura.

"Tak.. tak ada apa sayang! Li..lipas je!" laung Lydia yang cuba mengawal suaranya.

Laura berkerut dahi. Lipas?

"Ouhh! Okay mommy!"

Dengan itu, Laura mula melangkah semula masuk ke dalam biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah untuk dihantar esok.

"Sa..sayang.. trust me.. saya tak pernah balas mesej dia.. even dia hantar mesej dekat saya.. tapi saya ignore je, sayang" tutur Lydia yang mahu mengeluarkan air mata.

Danish menggeleng kepala berkali kali. Rambutnya diraup ke belakang. Dia menjilat bibirnya sekilas. Bahu Lydia dicekam.

Dan tidak sewenang wenangnya tindakannya itu membuatkan Lydia menahan sakit pada bahu. Cekaman itu terlalu kuat.

"Sa..sakit"

"Hm? Sakit? Apa yang sakit? Habis? Hati aku ni lagi sakit bila tengok jantan gila ni hantar mesej dekat kau macam ni?!"

Lydia hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak tahan lagi menyimpan air mata akhirnya jatuh membasahi pipi.

"Asal kau susah sangat eh nak ikut amaran aku? Susah sangat ke? Ha? Susah sangat ke, Lydia Marissa?"

Lydia cuba mahu meleraikan cekaman itu malah Danish semakin kuat mencekam bahunya.

"Sa..sayang tolong lepaskan.. sa..saya sakit sayang" rayu Lydia dengan air mata tidak berhenti dari mengalir.

Danish memandang lama wajah Lydia. Dengan itu, perlahan lahan dia meleraikan cekaman itu pada bahu isterinya.

Lydia jatuh terduduk di sisi katil.

Danish merengus kasar.

"Dengar sini eh sayang.. kalau aku dapat tahu lagi yang kau masih berhubung dengan jantan tak guna tu.. kau tunggu ehh.. kau tahu la apa nasib kau, sayang" pesan Danish tegas. Dia membongkokkan dirinya untuk melihat wajah Lydia yang sejak dari tadi lagi hanya menunduk sambil memegang bahunya.

Dagu Lydia dipegang lalu diangkat sedikit.

"Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. kau milik aku, faham?"

Lydia mengangguk takut.

Danish memandang lama wajah Lydia. Matanya berliar liar melihat wajah polos gadis itu. Dia mendekatikan wajahnya pada wajah Lydia.

Baru sahaja Danish mahu mengucup bibir Lydia malah Lydia melarikan kepalanya ke tepi.

Danish terhenti. Malas nak tenung lagi dia langsung mengucup pipi Lydia dan melangkah keluar dari bilik.

Mendengar pintu biliknya sudah ditutup, air mata Lydia semakin laju mengalir. Dia menggerling ke arah pintu.

"T..takkan penyakit tu datang lagi?"






     ꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂






Nina keluar dari bilik punchcard. Sempat matanya menggerling ke arah jam di dinding yang elok tergantung dalam bilik itu. 8:10 pagi.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now