Bab 04 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.9K 68 44
                                    

Selepas sahaja habis makan, Dayana meminta diri untuk ke tandas atas alasan tidak sedap badan. Kata Lydia mungkin datang bulan. Kesudahannya, hanya tinggal Lydia dan Nina sahaja di meja makan kafe hospital itu.

Sedang meraka berbicara bagaikan tiada tanda tanda mahu berhenti, tiba tiba telefon Nina naik satu notifikasi. Dia menggerling sekilas melihat siapa gerangan yang menghantar mesej tersebut.

Massage from 'Doktor Darwish Hakimi'

>Anina, dah siap lunch belum? Awak ada pesakit ni.

"Alamak! Akak Lydia!"

"Kenapa? Kenapa?"

"Nina kena gerak sekarang.. sebab doktor Darwish cakap Nina ada pesakit" jawab Nina dengan gelabahnya.

"Oh ye ke? Haa pergi laa"

"Nina pergi dulu ye kak? Thankyou temankan Nina makan hari ni" kata Nina dengan secalit senyuman manis ditayangkan.

"Ye sama sama! Dah pergi cepat!"

Nina mengangguk laju sebelum dia bangun dari kerusi dan berlari ke arah pintu kaca kafe hospital tersebut.

Hilang sahaja kelibat gadis itu, Lydia perlahan lahan menundukkan pandangannya untuk mengetik telefon.

"Sorang je?"

Lydia mengangkat kepala kembali.

"Eh? Imran?"

Imran mengukir senyuman manis.

"Boleh saya duduk?"

Teragak agak Lydia mahu membalas. Dia menoleh ke kiri mencari kelibat Dayana yang masih lagi tidak pulang dari tandas.

Melihat tiada respon dari Lydia, Imran langsung melabuhkan punggungnya dihadapan wanita itu.

"Awak datang sorang je? Kenapa tak ajak saya sekali tadi? Boleh la saya temankan awak" tutur Imran dengan mesra.

Lydia tersengih.

"Mamat ni tak nampak pinggan ke? Kan ada 3 ni.." kata hati Lydia.

"Eh? Banyaknya awak makan Lydia? Sampai 3 pinggan ni?" Imran mula ketawakan Lydia.

"Eh tak.. ni bekas makan kawan saya tadi.. dia pergi tandas katanya sakit perut" jelas Lydia.

"Ooo.. jadi tak keseorangan la ni?"

"Haah. Tak"

Imran mengangguk.

"Aduhh mana Dayana ni.. aku dah tak selesa berdua macam ni" kata hati Lydia lagi.

"Awak nampak macam gelisah je ni? Kenapa?" tanya Imran tatkala dia melihat Lydia seperti cacing kepanasan.

"Tak ada pape laa.. saya memang macam ni"

Imran berdecit ketawa. Dia memandang lama wajah Lydia yang melemparkan pandangan ke arah lain. Dia membetulkan posisi duduknya dan berdehem kecil.

"Erm.. Lydia"

"Y..ye?"

"Awak.. dah ada boyfriend?"





    ꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂





Laura yang sedang berborak dengan kawan kawannya itu terhenti apabila kawan dia menepuk bahu dan menunjuk ke arah sebuah kereta.

Laura memusingkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan oleh kawannya.

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now