Bab 13 - MR. PSYCHO HUSBAND SEASON (2)

1.4K 44 7
                                    

Tangan Intan mula mengangkat pinggan pinggan yang telah habis dimakan. Darwish sudah pun naik ke atas untuk tidurkan anak perempuan bongsunya. Selepas itu, kelakuan Intan terhenti apabila dia melihat Iffat masih lagi tidak berganjak dari kerusi. Isi dalam pinggan pun sudah licin di makan.

"Abang Iffat" tegur Intan.

Iffat kembali alam realiti.

"Y..ye mama?"

"Apa yang abang Iffat tenungkan tu? Sampai nak terkeluar biji mata mama tengok" kata Intan dengan tangannya ligat mengambil pinggan yang kotor itu.

Iffat merengus perlahan. Wajah nampak macam risau akan sesuatu.

"Kenapa ni sayang? Abang Iffat ada benda nak bagitahu mama ke?"

"Abang Iffat cuma terfikir pasal Laura petang tadi je"

Intan mengerutkan dahi.

"Pasal Laura? Kenapa dengan dia?"

"Laura ada cerita dekat abang Iffat yang dia terdengar bunyi kuat dekat bilik mommy dan daddy dia"

"Bunyi kuat?"

"Haah.. macam benda orang baling dekat dinding macam tu.. bila ditanya mommy Laura cakap lipas"

Intan termenung seketika.

"Ermm.. mungkin mommy Laura dia baling sesuatu kot dekat lipas tu.. sebab tu la bunyi kuat" kata Intan yang tidak mahu berfikiran negatif.

"Tapi mama.. Laura cakap mommy dia tak takut lipas.. macam mana boleh nak baling benda tu dekat lepas sedangkan mommy dia boleh pegang lipas tu dan buang gitu jee" kata Iffat lagi.

Sekali Intan termenung.

"Betul jugak kata Iffat tu, Lydia mana takut lipas.. aku pun pernah ternampak yang Lydia pegang macam tu je lipas.. tapi kalau bukan baling benda dekat lipas tu.. lepas tu apa dia?" kata hati Intan.

"Tak.. takkan la penyakit Danish tu datang balik?"





      ꧁➶︎𝗠𝗥. 𝗣𝗦𝗬𝗖𝗛𝗢 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮➶︎꧂






Lydia menarik selimut menutupi badan Laura separuh bahu. Punggung Laura ditepuk perlahan.

"Dah tidur"

Laura mengerutkan dahi.

"Mommy tak masuk tidur bilik mommy ke?" tanya Laura pelik.

"Tak sayang.. mommy nak tidur dengan Laura malam ni" jawab Lydia lembut sambil tersenyum kecil.

"Mommy gaduh dengan daddy ke?"

"Eh! Tak ada lah.. daddy nak buat work sikit.. terpaksa pasang lampu atas sebab lampu meja kerja daddy tu rosak" tipu Lydia dengan tenang. Tak nak la Laura syak apa apa darinya.

Laura menganggukkan sahaja.

"Erm.. mommy.."

"Ye sayang?"

Mr. Psycho Husband 2 [✔︎]Where stories live. Discover now