Extra Part LKS 2

6.4K 197 17
                                    

Hakeem Sufian yang berada dibawah timbunan kain baju mengeluh sesal kerana mulutnya yang pernah mengutuk birasnya Karl Syakirin yang pernah meminta bantuannya untuk memenuhi keinginan Aluna Zinnirah yang mengidam suatu ketika dulu.

'sumpah menyesal aku kutuk dia dulu!'

'mulut ni pun kenapa perlu keluarkan perkataan 'perang' masa tu?'

'kan kena dekat batang hidung sendiri!'

'padan muka kau Hakeem! Sekarang kau pula kena hadap permintaan bini tercinta kau nak pergi berperang'.

Teringat dia apabila Alayna mengutarakan permintaannya untuk berada di medan perang dengan alasan itu adalah keinginan anak yang berada di dalam perutnya.

"Heart, dah makan?" Alayna menghampiri dirinya yang sedang meniarap sambil mengadap komputer ribanya.

"Dah tadi cinta" balas Hakeem pendek, dia jauhkan komputernya lalu mendudukan dirinya menanti si isteri.

Tubuh isterinya yang baru melabuhkan punggung di birai katil di dekati, kepala di bawa ke dalam pelukan si isteri, dia melekap pada dada Alayna yang terdedah kerana wanita itu hanya mengenakan tank top bertali satu.

"Wanginya cinta! Buat heart geram!" Tuturnya sambil mencium-cium bau isterinya yang mungkin baru habis mandi.

Lama mereka berada dalam keadaan itu sehingga Hakeem kehairanan kenapa isterinya tidak kecoh seperti yang selalu dia hebohkan tentang kakaknya. Kepala mendongak melihat si isteri yang termenung tidak hiraukan dia di sini.

"Cinta, kenapa ni?"

Alayna Mardiah menunduk ke arah suaminya apabila lamunan nya ditangkap oleh lelaki itu, lalu keluhan berat di lepaskan.

"Kenapa ni?" Kerana pelik Hakeem bangun lalu mendudukkan tubuhnya, betul-betul di hadapan Alayna yang mula mengeluh.

Direnung dalam wajah tampan suaminya, ada sedikit kerisauan di situ, tak mahu suaminya terus tertanya-tanya dia utarakan juga kemahuannya.

"Cinta......." Meleret suara itu memanggil.

"Kenapa? Tell me why?" Hakeem genggam tangan isterinya.

Alayna Mardiah merenung sekali lagi wajah tampan suaminya. Lama lalu kembali menarik nafas sebelum mengatakan hasrat hati.

"Cinta nak.... " Terhenti sekejap, sedetik dua masih lagi wanita itu kelihatan ragu dengan permintaannya.

Kesabaran Hakeem mula menipis. Dahi mula berkerut menanti ayat itu di habiskan.

"Apa?" Hakeem sudah hilang sabar dengan keraguan isterinya, ingin dia cium mulut muncung itu.

"Haih.....cinta teringin nak pergi berperang!"

Duar!!!!!

Luruh jantung Hakeem mendengar ayat itu, mata di kerjap berkali-kali tidak percaya akan permintaan isterinya. Seketika kepala di geleng tidak menyangka dengan telinganya.

"Kau jangan buat gila Cinta!"

"Tak! Cinta tak gila! Cinta teringin sangat!"

Sekali lagi Hakeem Sufian menggeleng tidak setuju, mata masih sahaja tajam melihat Alayna yang sudah terkebil-kebil ingin menangis. Bibir yang dimuncungkan bersama riak sedih menambahkan lagi keserabutan Hakeem.

"Berperang kot! Gila apa nak pergi berperang! Bahaya tahu tak? Lagipun kita punya negara mana ada rusuhan! Jangan buat gila Cinta!" Hakeem mula membebel, masih tak percaya dengan permintaan itu, kerja gila isterinya ini.

"Cinta tak gila! Cinta nak pergi perang je! Nak ambil suasana boh!" Dalam keadaan yang begitupun sempat lagi isterinya bergurau. Nak kena ni.

"Boh tengkorak kau! Cinta ingat berperang tu aman? Ingat macam tengok suasana pantai? Haa? Macam pergi mandi swimming pool? Cinta tahu tak berperang tu kemungkinan untuk mati tu tinggi tau!" Hakeem masih tidak percaya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now