BAB 31

33 5 0
                                        

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

Terpisat-pisat Warda membuka mata saat pengumuman pendaratan bergema ke segenap ruang kabin. Warda menyapu wajah sekadar menyegarkan wajah. Neck pillow yang sejak tadi menjadi penyokong tengkuknya di saat dia pulas tidur dibuka lalu diletakkan di kerusi bersebelahan yang kosong.

  Melihat kerusi berkenaan, dia tersenyum tipis.

  Masih dia ingat saat mesej berkaitan pembelian tiket kapal terbang oleh suaminya menyapa inbox emelnya. Spontan tangan menepuk dahi saat dia melihat bahawa Amrullah membeli dua tiket untuknya dengan satu nama adalah milik lelaki itu. Saat dia bertanya kepada Amrullah, lelaki itu menjawab bahawa lelaki itu mahu memastikan Warda dapat rehat dengan secukupnya di dalam kapal terbang memandangkan Warda sejenis orang yang kurang selesa sekiranya berada berdekatangan dengan orang yang tidak dikenali.

  Tak pasal-pasal Warda memegang dua tiket untuk satu orang. Warda hanya mampu memberikan alasan kepada pegawai di tempat menyemak boarding pass bahawa suaminya tidak dapat menyertainya sekali dalam perjalanan kali ini.

  Dalam diam, hati Warda tersentuh juga dengan keprihatinan Amrullah untuknya. Berkat keprihatinan suaminya itu juga, Warda dapat tidur pulas sepanjang satu jam setengah penerbangan. Nasib baik dia jenis yang senang terbangun saat mendengar bunyi dek keterbiasaan tidur di kauter nurse di dalam wad. Kalau tidak, pasti pramugari bertugas perlu menggerakkannya daripada tidur. Seganlah Warda nanti! Sudahlah mata pandanya tampak begitu teruk dek kekurangan tidur.

  Sesampainya sahaja Warda di balai berlepas, senyumannya terukir melihat seorang gadis bertudung sarung kapas melambai-lambai ke arahnya. Warda membawa langkah menghampiri gadis itu sebelum adik iparnya itu menarik Warda ke dalam satu pelukan hangat.

  "Ya Allah, lamanya Mira tak jumpa kakak ipar kesayangan Mira ni!"

  Warda tertawa kecil sambil kedua tangan naik membalas pelukan adik bongsu suaminya itu.

  "Ada-ada aje Mira ni. Karang Kak Husna dengar, merajuk dia."

  Amirah tertawa perlahan. Jelas kelihatan lesung pipit dahlia di sebelah kiri bibirnya menambahkan kemanisan wajah campuran Bugis-Jawa itu. "Jangan risau, Kak Husna pun Mira sayang. Cuba sebab dia garang sikit and usia dia jauh sikit daripada Mira, Mira sayang akak lebih lagi."

  Warda hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dalam senyuman.

  "Akak mesti penat kan? Meh mira tolong bawakkan luggage akak." Belum sempat Warda membalas, laju sahaja tangan Mira mengambil bagasi bersaiz sederhana itu daripada tangan Warda membuatkan Warda sedikit terkejut.

  "Jom, akak. Lama dah ibu dengan Kak Husna tu duk tanya Mira bila akak nak sampai," ujar Mira seraya sebelah tangan Warda digapainya lalu ditarik agar Warda mengikutnya.

  Warda tidak banyak bicara. Dia hanya melayankan sahaja kehendak gadis kecil molek itu. Lagipun, Warda masih mengantuk. Oleh itu, dia hanya menurut sahaja ke mana hendak Amirah Aisyah membawanya.

  Sesudah kedua-dua mereka berada di dalam perut kereta, sempat Mira berpaling sejenak ke arah kakak iparnya itu. Dia mengangkat kedua belah kening kepada Warda membuatkan Warda sedikit hairan.

  "Sebelum Mira lupa, Abang Amru ada pesan semalam, kalau akak dah sampai dia minta akak roger dia. Dia kata, 'Mira cakap dengan Kak Warda, abang tunggu mesej dia bila dia dah sampai nanti.' Oh lepastu akak ada nak singgah mana-mana ke daripada airport ni nak ke rumah? Abang cakap akak suka minum kopi Saigon. Nak singgah?" soal Mira panjang lebar. Berkerlip-kerlip mata bundar Mira merenung Warda menantikan jawapan.

  Warda mengangguk sekali. "Akak okey aje. Ikut Miralah sebab Mira yang drive. Lagipun kopi tu kita beli hari lain pun boleh. Grab pun ada."

  Mira mengangguk tanda setuju. "Okey kalau macam tu. Nanti if Kak Warda nak, beritahu Mira juga tau. Nak try sebab abang kata Kopi Saigon tu menu dia sedap-sedap."

TIADA LAIN SELAIN KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang