TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
"Dr, minggu ni jadual doktor full OT kan?"
Warda berpaling ke belakang. Dia lantas mengulum senyum kepada staff nurse yang menegurnya. "Haah kak. Last week dah saya dekat sini. Next week saya dekat surgical."
Staff nurse bernama Syakila itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Doktor dah orientation kan hari tu? Sister Saidatul tanya saya tadi. Dia cari doktor tak jumpa katanya."
Warda tertawa kecil. "Haah saya dah orientation sekali dengan HO yang intake dengan saya hari tu. Sorry tadi saya pergi tandas sekejap. Lama pula dekat tandas tadi. Maybe sebab tu Sister Saidatul cari saya, tak jumpa."
"Okey. Nanti sekejap lagi pukul 8.30 kita terus mula dengan TAHBSO (total abdominal hysterectomy bilateral salphingo-oopherectomy) ye doktor? Kalau tak silap saya, Dr Chen yang in charge. Ini bukan first time doktor kan?" soal jururawat itu sedikit ragu-ragu.
Warda tersenyum. "Haah, saya dah pernah join time medschool dulu."
"Okey. Saya scrub nurse untuk surgery tu, jumpa doktor dekat OT nanti ye?"
Warda mengangguk sekali. Mata menelek jarum jam di pergelangan tangannya. Sudah jam 7.30 pagi. Lantas, Warda menyuap kuih donut kecil yang terakhir ke dalam mulutnya. Punggung diangkat seraya dia mendekati singki bagi mencuci tangan dan pinggan yang sudah digunakan.
"Kak, saya gerak dulu. Nak standby takut-takut karang boss masuk awal." Warda sempat menyapa rakan sekerjanya itu sebelum beredar keluar daripada pantri bilik dewan bedah berkenaan. Pantas tangan mengambil surgical mask di meja berdekatan seraya diikat pada belakang tudung sarung rona hijau muda yang dipakainya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket hadapan skrub biru muda yang dipakai. Meskipun dia sudah memakai pakaian berlapis, kesejukan dan humidity dewan bedah yang berada di bawa paras normal berbanding wad biasa sedikit sebanyak menggigit-gigit romanya.
Warda melabuhkan duduk di work station, benar-benar berhadapan dengan bilik bedah bernombor dua. Kepala diletakkan di atas meja sejenak sementara telefon dikeluarkan daripada poket seluar. Laju sahaja tangannya menekan aplikasi permesejan dan ruang mesej di antara dirinya dengan Amrullah dipilih.
Warda tersenyum nipis merenung mesej di antara dirinya sengan suaminya semalam. Tidak ada banyak perbualan teks di antara mereka memandangkan semalam mereka bertukar cerita melalui videocall. Setelah itu, barulah mereka berdua bermesej. Itupun kerana Amrullah terpaksa menghadap beberapa report yang perlu dia sahkan sebelum dihantar ke pihak atasan. Warda menekan gambar-gambar yang dihantar oleh suaminya semalam. Pemandangan dari atas pangkalan sewaktu senja sudah menjadi rutin 'update' yang akan dihantar oleh suaminya. Ada masa, diselitkan sekali dengan selfie. Ada masa, sekadar mentari senja menjadi pusat perhatian.
Tangannya berhenti pada gambar selfie yang diberikan oleh Amrullah. Segak beruniform serba putih dengan rambut potongan buzzcut, Amrullah tersenyum lebar di dalam tangkapan lensa tersebut. Kulitnya yang sedikit gelap itu bersinar dek pantulan cahaya mentari. Pun begitu, sebaris giginya tampak menawan, putih bersih dan tersusun cantik. Sepasang kaca mata hitam menjadi pelengkap rupa.
Warda tersenyum lama.
'Haih... sudah gaya macam orang bercinta pun ada.'
"Assalamualaikum, Puan Warda."
Sapaan dari belakang itu membuatkan Warda terus menegakkan duduk. Tegang tengkuknya berpaling mencari punca suara berkenaan. Dari balik mask yang menutupi separuh wajahnya, dia tersenyum kekok kepada Dr Hafiz, HO yang sedang menjalani posting anaesthesiology yang sedang berada di belakangnya. Lelaki itu yang juga merupakan rakannya di universiti dahulu mengangkat kedua belah kening ke arah Warda.
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomanceKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...
