BAB 28

29 6 0
                                        

TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?

Jari-jemarinya mengusik inai putih yang terlekat elok pada belakang tapak tangan sesama sendiri. Kalau tidak difikirkan sekarang ini dia sedang menunggu kehadiran pihak pengantin lelaki, memang sudah lama dia kupas satu demi satu benda putih yang ditabur sembuk berkilat dan berhias permata buatan kecil-kecil ini.

  Kalau dia tidak memikirkan Ifa yang bersusah payah sponsor henna artist untuknya pagi tadi, memang dia biar kosong sahaja tangannya. Entah apa yang Ifa kecoh sangat saat Warda beritahu bahawa dia tidak menempah pelukis inai untuk hari bahagianya, Warda pun tidak tahu.

  Siapa yang buat inai sebagai satu perkara yang 'wajib' dalam majlis kahwin?

  "Warda, tangan tu."

  Warda mengangkat kepala saat teguran itu memecahkan kesunyian. Dia memandang ke arah Ifa yang sedang menghampirinya daripada pintu bilik yang terbuka. Tadi, gadis itu keluar sejenak sekadar menjenguk situasi di ruang utama dewan yang ditempah untuk pernikahannya hari ini.

  "Amru dah sampai."

  Berderau darah Warda mendengar pernyataan sahabatnya. Dia menggigit bibir atasnya sejenak. Warda berusaha menyimpan dalam-dalam rasa gemuruh yang bertamu di dalam dada sementara mata menyoroti langkah Ifa mendekatinya. Gadis itu membetulkan sedikit lipatan pada tudung Warda. Lengan baju kurung Pahang Warda yang sedikit ronyok, juga dia kemaskan.

"Jom," ajak Ifa. Gadis itu berdiri benar-benar di sisi Warda. Sebelah tangannya sudah dihulurkan kepada Warda, bersedia untuk menjadi pautan gadis itu dalam langkahnya menuruni tangga menuju ke pelaminan sebentar lagi.

Warda diam tidak menjawab. Dia mengetap bibirnya rapat sementara hanya tatapan matanya membatu pada tapak tangan Ifa.

"Warda... aku tak tahu apa yang kau fikir sekarang ni tapi tolong jangan fikir benda pelik-pelik. Pegang tangan aku, and kita jalan keluar. Simple kan?" soal Ifa ketika dua pasang iris milik mereka masing-masing terpaut lama.

"Dengar macam simple tapi... macam tak aje, Fa."

Tapak tangan Ifa yang tadinya dihulurkan kepada Warda, naik menepuk dahi. Setelah itu, dia bercekak pinggang.

"Warda, aku tak tahu sejak bila kau jadi introvert. Aku tahu kalau ikut kau, kau nak kahwin dekat masjid aje. Cuma ada saudara-mara kau aje. Ye aku faham sebab banyak kali kau cakap dekat aku fasal benda tu. Masalahnya sekarang ni, the damage has been done. Segala macam susur-galur kau semua ada dah dekat bawah tu," bebel Ifa panjang lebar.

Belum sempat Warda hendak memotong, Ifa menambah lagi. "Lagipun, kau bukannya kahwin seorang weh. Family Amru tu pun ada dah dekat bawah tu. Jangan nak buat benda merepek-repek."

"Mana ada aku nak buat benda merepek. Kau ingat aku ni budak-budak ke?" Berkerut dahi Warda membalas tuduhan Ifa kepadanya.

"Dah tu? Kau nak apa sekarang ni? Kalau kau tak ada nak minta benda pelik-pelik, kau bangun sekarang, kita pergi bawah. Hari ni, bukan kau seorang nak kahwin. Tok kadi tu pun ada kerja lainlah weh."
Warda menghela nafas panjang seraya menghembus lama. Pandangan penuh pengharapan dia lontarkan kepada Ifa. Berharap gadis itu dapat membaca isi hatinya.

"Apa dia, Aminatul Warda?"

"Kalau postphone akad nikah ni takleh ke? Aku macam tak readylah..." ujar Warda antara dengar dengan tidak dengar.

Membulat mata Ifa membalas pandangan sahabatnya itu. Dahinya berkerut kasar. "Warda... sebelum Cik Nora naik atas, baik kau turun dengan aku sekarang. Kau ni merepek-repeklah. Kau nak kahwin ke tak ni sebenarnya?"

TIADA LAIN SELAIN KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang