TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
Setahun kemudian...
Warda menelan liur perit. Dia menggigit bibir bawahnya. Entah bagaimana dia mahu keluar daripada tandas tanpa perlu berhadapan dengan susuk yang sedang menantinya di luar.
"Warda! Dah ke?" soal suara itu dari luar membuatkan Warda menggigit jari. Tangan naik memegang pelipis dahi. Dipicitnya sedikit sambil mata memandang kit berwarna biru di tangannya.
Baru dua bulan sejak dia berhenti ambil pil perancang dan baru sebulan Amrullah tidak menjenguk Warda di rumah sewanya akibat kesibukan lelaki itu di pengkalan. Awal betul!
"Warda, do you hear me?"
Sudahnya, Warda melepaskan keluhan berat. Dia memasang senyum di wajah. "Warda nak keluar dah ni, abang."
Sebagaimana telahannya, sebaik sahaja pintu dibuka susuk Amrullah menantinya di hadapan pintu tandas. Seolah-olah tidak sabar benar hendak melihat kit yang dibelinya di farmasi siang tadi. Terkebil-kebil lelaki itu merenung si isteri dengan kedua-dua belah kening terangkat. Dia menanti dengan penuh sabar.
Warda mengukir senyuman kekok. Dalam sela masa beberapa saat, dia mengangkat kit putih biru itu dengan bahagian kecil tempat dia tenung tadi, menghala ke arah Amrullah. Sekejap sahaja. Setelah itu, Warda menurunkan tangannya. Anak matanya langsung bertatapan dengan sepasang iris milik suaminya yang bercahaya seolah-olah memantulkan kegembiraan pada lensa mata Warda.
"Allah! Boleh abang peluk Warda?" soal lelaki itu polos. Terlihat jelas pada riak wajahnya, ada semacam keterujaan yang sukar hendak dibendung oleh ego lelakinya.
Warda mengangguk dalam senyum yang semakin lebar. Tidak menjawab, dia membuka depa tangannya. Dibiarkan tubuh sederhana tingginya ditelan ke dalam dakapan hangat si suami. Terasa pinggir dahinya dikucup beberapa kali.
"Terima kasih, Warda." Warda hanya mendengar bisikan lembut suaminya lalu dibalas dengan usapan pada belakang tubuh sasa syurganya itu.
Setelah beberapa ketika, dakapan mereka berdua dilepaskan.
"Terima kasih juga abang... you patiently waited for a whole year this," ujar Warda sementara kedua-dua belah tangannya berada dalam pegangan kejap Amrullah.
"Not a problem at all, my love. Marriage is a tango between two. A big applause for us sebab berjaya buat bodoh je dengan orang yang asyik sebut pasal anak pada kita selama ni. I mean like..." Amrullah mengangkat sebelah keningnya menanti si isteri menyambut bicaranya.
Warda tertawa. "Our life... so why bother? Kan?"
Amrullah turut sama tertawa. Sebelah tangannya naik menggosok ubun-ubun Warda penuh kasih. "Betul! Kita dengan hidup kita. Lagipun, kenapa nak rushing? Apa salahnya merancang kan? Kahwin bukan sebab nak ada zuriat aje. We got married to complete the other half of our soul. That's it."
Warda mengangguk beberapa kali. Dia tersenyum manis sebagai jawapan kepada kata-kata Amrullah itu.
Memang benar selama setahun setengah mereka berkahwin, acap kali mereka ditanyakan soal zuriat. Boleh dikata, hampir dalam setiap majlis dan keraian, pasti isu intu akan bangkit. Namun begitu, Warda dan Amrullah hanya tersenyum dan meminta doa daripada orang sahaja. Pada mereka, tidak perlulah diambil hati sangat apa yang orang-orang tanyakan pada mereka. Tidaklah mereka menggangguk saat ada sesiapa yang bertanya sekiranya mereka merancang.
Bak kata Amrullah, akad nikah tu kan hanya melibatkan Amrullah dan Warda sahaja. Apa fasal pula orang lain perlu tahu perihal yang mereka rancangkan untuk rumah tangga mereka sendiri?
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
Lãng mạnKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...
