TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
"Warda... janganlah macam ni."
Warda hanya buat tidak tahu sahaja kepada Ifa yang sejak tadi tidak habis-habis memujuknya. Sebaik sahaja
Llaollao yang dipesannya sudah berada di dalam tangan, Warda terus beredar meninggalkan Ifa sedikit ke belakang.
"Then, kau ajelah pergi. Datang sebagai representative aku. Guna pas yang sepatutnya untuk aku tu." Warda tetap berkeras dengan keputusannya. Selamba sahaja dia menyuap yogurt sejuk itu ke dalam mulutnya.
"Eh mana boleh macam gitu. Tunang dia, kau. Bukannya aku."
"That's the point." Warda berhenti daripada melangkah. Gadis itu melabuhkan duduk di kerusi berdekatan dengan tempat menjual barangan berasaskan manisan. "Aku tunang dia, bukan kau."
Ifa hairan. Dahinya berkerut, keningnya bertaut. Berkerdip-kerdip matanya memandang ke arah Warda yang sangat tenang menikmati yogurt beku seolah-olah mereka berdua sedang tidak membincangkan apa-apa. "Apa maksud kau?"
"Aku tunang dia maksudnya keputusan aku, lebih besar daripda keputusan kau. Kalau kau suruh datang majlis dia, tak semestinya aku kena datang. Keputusan aku dan keputusan Amrullah both matter the same. Kalau dia boleh pentingkan diri untuk pergi rekrut, aku pun boleh. Kan?"
Jatuh rahang Ifa mendengar hujah Warda yang boleh dia klasifikasikan sebagai mengarut itu. Tangannya naik menepuk dahi. "Aminatul Warda! Ya Allah, aku tak faham macam mana otak kau ni berfungsi. Aku pujuk kau datang, sebab aku ni kawan baik kau. Aku pun kawan Amrullah juga. Aku ada daripada kau orang berdua berkawan sampailah kau orang berdua bertunang."
"Jadi?"
Hampir-hampir sahaja Ifa terasa hendak mencekik leher sahabatnya itu namun akal warasnya menghalang dia daripada berkelakuan sedemikian. "Aku kenal kau, Warda. Kau sebenarnya nak sangat datang majlis dia tapi kau ego. Kau tak nak tunjuk dekat dia yang kau ada untuk dia masa dia harap kau muncul. Bukan aku tak tahu, sampai sekarang kau masih tak angkat call dia sebab kau takut dia berjaya pujuk dan lembutkan hati kau kan?"
Warda mencebik. Dia menjilat sedikit coklat yang tersisa di pinggir bibirnya. "Excuse me. Aku tak angkat call dia sebab, aku memang tak nak bercakap dengan dia. Kau jangan nak pandai-pandai."
Ifa menggulingkan matanya ke atas. "Eleh. Kau fikir aku tak tahu yang kau pun sebenarnya diam-diam cari tahu fasal hari pentauliahan dia kan? Kalau betul sangat kau tak support dia, kenapa tiga-tiga cabang akaun ketenteraan tu kau follow?"
Warda terkesima. Pun begitu, dia berusaha menyembunyikan perubahan pada riak wajahnya. "Sejak bila pula nak follow akaun public, kena tapis dulu ni?"
Ifa tersenyum sinis. Seketika kemudian, dia mengeluh. "Dah, dahlah tu Warda. Dah lebih sembilan bulan dah dia dengan kau. Dia pun dah nak tauliah dah. Both of you dah berjaya endure sembilan bulan yang menjadi penghalang hubungan kau orang ni. Inilah masanya untuk kau celebrate dengan dia."
Warda menggelengkan kepalanya. "Ifa... kau tahu."
Ifa menjongketkan kedua belah kening, sekali. Petanda bertanya.
"Kalau sembilan bulan ni, dia boleh buat keras kepala dia untuk join benda yang aku tak suka. Kenapa pula aku tak boleh tunjuk keras kepala aku?"
Ifa meraup wajah kesal. "Ha baguslah. Bagus. Memang bagus sangat kau ni, Warda."
Ifa tiba-tiba menyerang Warda. Riak bengis dipaparkan pada wajahnya. Belum sempat Warda hendak membidas, Ifa sudah terlebih dahulu bersedia memuntahkan peluru kata-kata. "Kau tahu apa punca paling besar kepada rosaknya hubungan? Tak kisahlah, pertunangan ke, perkahwinan ke? Kau tahu?"
Warda baru hendak membalas, Ifa sudah memotong, "Bukan, bukan komunikasi, bukan tak sekufu. Tapi ego. Kau tahu apa masalah dia kalau kau dengan dia, dua-dua ego?"
Sekali lagi Warda tidak berpeluang menjawab. Ifa menyambung, "Kau tak tahu apa yang sebenarnya dia nak sampaikan, dia pun tak tahu apa sebenarnya yang kau fikir. Lepastu, masing-masing buat keputusan sendiri tak fikir kesan dia dekat dua-dua belah pihak. Tak cukup dengan tu, bila berbincang, masing-masing nak menang. Sampai ke sudah, bergaduh aje tak habis."
"Eh, mana ada kita orang bergaduh!"
Ifa tergelak sinis mendengar penafian Warda. "Kau pasti? Kalau sembilan bulan tak angkat call tunang sendiri, tu bukan bergaduh?"
Warda terdiam. Terasa dirinya bagaikan sedang dipukul oleh sebuah kayu besa ryang dihayunkan oleh sahabatnya sendiri sehingga kepalanya terasa berpinar.
"Disebabkan egolah, kau tak nak dia pujuk kau. Disebabkan ego juga, aku asyik fikir tak adil itu, tak adil ini. Tak adil sebab dia masuk tentera padahal kau kat sini kena terkontang-kanting tunang kau tak ada? Tak adil sebab tunang orang lain, boleh ada dengan tunang dia tak macam tunang kau yang tak pernah ada dengan kau?"
Warda terkebil-kebil cuba memahami pernyataan Ifa. "Sekejap aku macam kurang... faham."
Ifa menggeleng. "Ah sudahlah. Paling penting sekarang ni, sah. Kau memang menangkan ego kau. Padahal dalam hati, kau sendiri tahu Amrullah tu macam mana. Dia tak pernah buat keputusan yang cuma penting untuk diri dia sendiri aje. Sepanjang aku kenal dengan dia, dia orang paling selfless aku pernah jumpa. Kalau kau rasa dia selfish, kaulah yang selfish."
Warda berkerut dahi. "Apahal pula aku selfish?"
Sekali lagi ifa tersenyum sinis. Dia sedikit gembira apabila riak wajah Warda sudah tidak setenang tadi menandakan bahawa rakannya itu benar-benar terkesan dengan serangan mulut tanpa bertapis olehnya. Pedulikan! Ifa sudah tidak kuasa hendak melayan Warda yang asyik hendak menang sahaja ini.
"Antara kau dengan dia, siapa yang always ada effort untuk pujuk kau? Siapa yang setiap hujung bulan kirimkan kau bunga untuk pujuk kau supaya sabar tunggu dia? Siapa pula yang tak pernah nak jawab telefon, bagi peluang orang tu pujuk dia? Siapa yang buang semua bunga yang orang tu bagi dekat dia?"
Warda terpempan. Terasa semakin lama, kepalanya seolah-olah lebam menerima hantukan demi hantukan yang diberikan oleh Ifa kepadanya.
"Haih, percayalah cakap aku Warda. Aku tak pernah nampak anyone yang ikhlas dekat kau macam mana Amrullah ni bersungguh-sungguh dengan kau. Dia tunggu kau sejak kau sekolah menengah lagi tau!" Ifa menjedakan bicaranya. Dia menghela nafas panjang seraya dilepaskan. "Honestly aku, kalau aku jadi dia memang aku tinggal aje kau ni. Market aku as tentera, tinggi kot. Tak kuasa aku nak layan perempuan macam kau ni."
Warda tidak membalas. Hanya pandangan matanya sahaja terpaku pada wajah Ifa.
"Aku nampak, Amrullah tu dah banyak sangat mengalah dengan kau, Warda. Dia tak pernah putus asa dengan kau. Jangan sampai satu masa nanti, kau menyesal sebab dah sia-siakan orang macam dia."
Warda masih lagi diam. Dia langsung tidak memberi jawapan hatta mengangguk mahupun menggeleng.
"Sejak kau dapat gelang daripada dia. Kau tak pernah tanggalkan kecuali waktu kau kerja. Itu pun sebab rules of procedure. Kadang aku nampak kau main-main dengan gelang tu." Ifa kembali menggunakan pendekatan yang lembut. Tatapannya bertaut lama dengan iris milik Warda. "Berhentilah berpura-pura bencikan dia sedangkan sebenarnya, kau pun tak nak dia pergi daripada hidup kau kan?"
Ifa menghembus nafas sekali lagi. Hampir-hampir berputus asa namun dia sempat menambah penghujung kepada nasihatnya. "Deep down, kau tahu dekat mana dia dalam hati kau sebenarnya. Kau tahu, kau marahkan dia atau tak. Kau juga tahu, kenapa kau tak terus setuju untuk putuskan pertunangan ni masa dia outing lima bulan lepas. Kau tahu semua tu, Warda."
Suasana sepi seketika. Ifa sepertinya sudah tidak punya aksara hendak dimuntahkan kepada Warda. Warda pula lebih memilih untuk mendiamkan diri. Terasa manisan yogurt beku yang menyapa tekaknya, langsung tidak berjaya menyejukkan hati yang sedang berbahang dek teguran demi teguran sahabatnya itu.
Dalam diam, keluhan tipis terlepas keluar di antara dua bibirnya. Pesanan demi pesanan Ifa seperti bermain-main di dalam benaknya.
Adakah dia yang sebenarnya pentingkan diri? Selama ini, adakah dia punca gejolak perhubungannya dengan Amrullah tidak reda-reda?
TIADA YANG LAIN SELAIN KAMU
Bolehkah andainya kau pinjamkan sedikit waktumu?
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA LAIN SELAIN KAMU
RomansaKalau jumpa, mesti gaduh. Kalau gaduh, mesti jumpa. Amrullah Akbar dan Aminatul Warda, sudah seperti berikrar untuk menjadi kawan gaduh sejak kecil. Mana tidaknya, masing-masing tidak pandai hendak menurunkan ego namun masing-masing sentiasa sahaja...
